Formula Membina Legasi Sebagai Tutor Profesional & Berjaya Bakal Didedahkan Oleh Speaker-Speaker Berpengalaman Pertama Seumpamanya Di Malaysia!
Mahukah anda jika kami tunjukkan teknik dan strategi yang telah terbukti berkesan bagaimana
menjadi tutor serta membina bisnes tuisyen yang berjaya?
Apakah keistimewaan menjadi Tutor??
– Dari sehari ke sehari bidang ini ini semakin membesar dan menerima permintaan yang
‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar.
– Dapat membantu pelajar mengalami peningkatan yang ‘ketara’ dan mencapai kecemerlangan
dalam subjek yang dipelajari.
– Bebas menjadi majikan dan menetapkan jadual anda sendiri.
– Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.
– Menjana satu lagi sumber pendapatan dengan sangat mudah.
– Boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.
– Kurang tekanan berbanding kerja makan gaji
– Pendapatan bulanan tinggi berbanding dengan masa yang diperuntukkan
Jika begitu, anda layak berada di Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM)
Apakah MANFAAT yang anda akan perolehi dalam STPM ini??
– Ketahui Formula BEYOND: yang menyebabkan ibu bapa tidak ragu-ragu memilih anda
sebagai tutor mereka.
– Rahsia orang bekerja ‘part-time’ bergaji seperti kerja ‘full time’
– Rahsia orang memulakan bisnes dengan modal rendah
– Rahsia orang yang yang tidak mempunyai sijil perguruan sukses dalam industri ini
– Mengetahui bagaimana menjana saham akhirat dengan menyebarkan ilmu di minda
Siapa yang sesuai hadir ke Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM) ini??
– Mahasiswa dan graduan yang ingin mengajar sambil menjana duit poket sendiri
– Bakal usahawan yang ingin memulakan bisnes tanpa modal atau berhutang
– Individu yang sudah mempunyai kerjaya tetapi masih mencari kerja ‘part-time’ yang tidak
menggangu kerjaya utama
– Usahawan yang sudah memulakan bisnes tuisyen samaada private tuition, home tuition mahupun pusat tuisyen dan pusat pembelajaran al-Quran
Mengapa perlu hadir?
– Kami bantu anda untuk memulakan langkah mudah menjadi Tutor Tuisyen dan Al-Quran
walaupun anda tiada pengalaman mengajar.
– Kami membantu anda memulakan bisnes dalam bidang ini serta mengembangkan ke tahap yang lebih baik.
Siapakah Speaker-speaker STPM?
Mohd Noor Tahir
“Formula Kejayaan Bisnes Home Tuition di Malaysia & UK”
– Mohd Noor bin Mohd Tahir. Atau lebih dikenali sebagai Coach Home Tuition Malaya
– Mendapat pengiktirafan sebagai SOIF Coach & Professional Learning Facilitator (PLF)
Mastery dari PLF International.
– Pernah dianugerahkan sebagai ‘Pensyarah Berkaliber’ dan Anugerah Pengajaran ‘Best Subjects’ (4 semester berturut-turut). Selain itu,
beliau mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah, sekolah menengah, pusat tuisyen
dan home tuition.
– Beliau merupakan Co-Founder Akademi Infitah dan bersama team Infitah, beliau telah melatih
lebih daripada 1000 orang tutor di bawah kendalian Akademi Infitah yang mengajar tuisyen dan
al-Quran di rumah dan ‘Akademi Infitah Learning Centre’ yang kini mempunyai lebih 10 cawangan termasuk di UK.
– Bekerjasama dengan syarikat di London UK dalam bidang tuisyen bagi menjadikan bidang ini lebih profesional dan perkhidmatan yang berkualiti.
Osman Affan
“Pikat Pelajar Anda Gaya SmartStudy”
Berbekalkan ijazah perakaunan daripada University Of Plymouth, United Kingdom, memulakan kerjaya pertama dalam bidang pemasaran selama 8 bulan dan kemudian sebagai Audit Associate di sebuah syarikat perakaunan terbesar di dunia, PriceWaterHouseCoopers Chartered
Selepas 3 tahun, berhenti kerja dan meneruskan kerjaya dalam bidang yang diminati iaitu bidang psikologi. Meneruskan pengajian di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Gombak pada tahun 2004. Berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2006 dengan ijazah Master of EducaSon, Counseling & Guidance.
Kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Phd dalam pengkhususan ‘EducaSonal Psychology’ di Universiti Islam Antarabangsa Gombak.
Mengasaskan SmartStudyTM pada tahun 2004 dan mula mengajarkan teknik belajar berkesan kepada pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiS. Telah menulis lebih 10 buku berkenaan MoSvasi Belajar dan Teknik Belajar Berkesan SmartStudyTM. Buku-buku tersebut pula telah mencapai tahap jualan buku ‘Best Seller’.
Pada November 2012, kisah Osman Affan & SmartStudyTM telah dipaparkan di dalam majalah ‘TOP 10 Of Malaysia’ di atas faktor KEUNIKAN, PENGARUH & KEBERKESANAN program-program SmartStudyTM.
Ustaz Arif Asa’ad
“Bagaimana Menjalankan Program Berskala Besar Untuk Pelajar”
Beliau merupakan pengasas & perunding latihan utama kepada Infitah Training & Consultancy. Pengiktirafan & Pengalaman Professional Learning Facilitator (PLF) (Mastery) yang diiktiraf oleh Professional Learning Facilitators (International) Sdn. Bhd. SOIF Coach yang dipersijilkan oleh Take Charge Sdn. Bhd. (SOIF merupakan salah satu alat membantu proses ‘coaching’) Ahli kepada Pertubuhan Perunding Latihan Muslim Malaysia (TAMRIN) Pendidikan Sarjana Muda Sains Gunaan (Pengurusan Alam Sekitar) & Pengajian Islam, Universiti Malaya (Akademi Pengajian Islam) Sijil Pendidikan Islam MUSLEH. Antara modul beliau ialah ‘Oh Mudahnya Tajwid!’ (OMT), alhamdulillah telah dikongsikan dengan pelbagai pihak antaranya iaitu Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), UniKL MICET Melaka, Unversiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej PTPL, Hosptial Banting, Kompleks MARA Kota Bharu, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) & MARDI Hilir Perak, Koperasi Muamalat Malaysia (Perak) Berhad, UWAiS Training & Consultancy. Modul ini membincangkan ‘kaedah membaca al-Quran tanpa perlu mengingat hukum tajwid yang banyak’. Selain itu, beliau telah kongsikan bersama ialah ‘Smart Solat Leads to Success’. Ia membicarakan berkenaan solat, fokus utamanya dengan menjadikan ‘mind set’ (fikiran) kita bahawa ‘solat itu mudah’. Mohd Arif Asa’ad bin Johari adalah pengasas kepada program Motivasi al-Quran (MAQ) yang merupakan program terbuka kepada masyarakat umum sejak tahun 2009. Alumni peserta MAQ menjangkau 2,000 orang. MAQ adalah program berkaitan pemahaman & aplikasi yang boleh diterapkan dalam kehidupan hasil intipati surahsurah pilihan al-Quran. Beliau adalah pengajar ‘Tahsin al-Qiraah’ untuk staf Amanah Ikhtiar Seremban & beberapa jabatan lain. Selain itu, beliau juga pengasas kepada ‘Home Tuition & Quranic Home Based’ iaitu pengurusan pembelajaran berfokus dengan tutor datang mengajar ke rumah pelajar.
Tengku Nurhusni Tengku Razak
“Memulakan Bisnes Akademi Al-Quran”
Selepas itu beliau membuat Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja selama dua tahun sebelum memulakan hasrat untuk menjalankan bisnes sepenuh masa. Pengalaman Bisnes pertama apabila beliau terlibat menganjurkan Program-program motivasi dan memberi ceramah kepada pelajar-pelajar, ibubapa dan guru. Pada tahun 2010 beliau telah membuka Pusat Pengajian Al Quran dan tahfiz menggunakan jenama Akademi Darul Huffaz. Dengan usaha dan semangat yang kuat, Pusat Pengajian Al Quran dan Tahfiz telah berusia tiga tahun dan berjaya melahirkan pelajar celik al quran. Beliau juga telah membuka Kelas Tahfiz Sambilan di Masjid Kota Damansara bagi memberi peluang kepada pelajar untuk membuat kelas tahfiz pada hujung minggu. Setelah 3 tahun beroperasi beliau telah melahirkan sekurang-kurangnya 1000 pelajar yang celik al quran. Kini beliau dilantik sebagai Ketua Pengurusan Operasi Rangkaian Akademi Al Quran ABS di bawah ABS Holding. Kini beliau mengendalikan 30 cawangan Akademi Al Quran ABS seluruh Negara. Beliau juga memberikan latihan dan bisnes konsultansi kepada usahawan yang berminat mahu menceburi bidang ini. Di samping itu juga beliau telah menghasilkan beberapa modul pendidikan seperti Modul Khabar Gembira untuk pembelajaran akhlak pelajar, modul Playschool untuk kegunaan taska dan pusat jagaan harian dan Modul untuk pembelajaran tahfiz secara sistematik. Beliau juga aktif menulis beberapa buah buku berkaitan Bisnes dan motivasi islami terbitan PTS Publishing House Sdn Bhd, Must Read Sdn Bhd dan lain-lain lagi.
Yusnizam Yusoff
“Dari Tutor Kepada Investor”
Dikenali sebagai Master Yus. Graduan Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat. Walaupun saya bukan dalam bidang pendidikan namun sebenarnya semua orang boleh bergelar Cikgu Tuisyen.
Beliau telah memulakan tuisyen secara sambilan sejak tahun 2000 yang lalu, semasa saya belajar di matrikulasi. Namun pada waktu itu saya tak sedar pun, saya sedang lakukan tuisyen. Kerana masa tu saya mengajar anak-anak pensyarah mengaji secara sukarela untuk kongsi ilmu yang pernah saya pelajari di zaman sekolah. Dengan opah upah yang dibayar maka dapatlah menampung perbelanjaan bulanan di kolej. Walaupun tidaklah selumayan seperti hari ini.
Bukan niat saya untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberitahu bahawa industri tuisyen memang sangat berbaloi dan memberi pulangan yang sangatlebat lumayan. Dan telah masuk tahun keempat SeminarTuisyen.Com telah saya jalankan hasilpermohonan permintaan yang tinggi di luar sana untuk mencuba lakukan tuisyen. Ramai yang telah mendapat manfaat daripadanya. Dan ada juga protege seminar saya yang telah mengambil langkah berhenti kerja makan gaji setelah rasa berbaloi memulakan tuisyen.
Badrulhisyam Razali
“Missing Chapter Yang Perlu Diketahui Dalam Bisnes Tuisyen.”
Beliau telah menghadiri kursus National Federation Neuro-Linguistic Programming (NFNLP, USA) Practitioner yang banyak membantu peserta-peserta melalui kaedah NLP berdasarkan kekuatan minda. Beliau telah menerapkan kaedah NLP dalam modul-modul beliau yang dapat membantu memberi kesan yang efektif kepada para peserta terutamanya kepada pelajar dan guru.
Beliau merupakan Mantan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sesi 2003 yang banyak mengatur dan menjalankan program-program bagi pelajar-pelajar dalam menyeimbangkan aspek intelektual dan rohani.
Beliau pernah ditugaskan sebagai urusetia dan fasilitator ‘Program Team Building’ FELCRA Training & Consultancy Sdn. Bhd. serta pengerak bagi program-program anjuran Tenaga Insan Sdn Bhd. yang aktif menjalankan program-program untuk sekolah-sekolah, badan korporat dan IPT.
Dalam bidang pendidikan, beliau mempunyai pengalaman menjadi ‘Coach’ tuisyen jemputan Sek. Agama Men. Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ), pusat-pusat tuisyen & rumah anak yatim. Di samping itu, beliau telah menjalankan R &D dalam bidang pendidikan dan menerajui modul ‘Excel-Study’ dan ‘Fast Learning for Student’.
Apakah ilmu dan Teknik Saya Perolehi Selepas STPM ini?
1. Formula BEYOND EXPECTATION
Teknik ini berguna bagi tutor untuk memberikan servis yang menyebabkan ibu bapa dan pelajar
akan mengiktiraf anda sebagai tutor yang bagus dan secara tidak langsung akan menaikkan
servis anda.
Teknik ini telah digunakan oleh ramai tutor-tutor yang menyebabkan klien ‘setia’ pada anda.
Dengan memastikan apa yang ibu bapa mahu, anda akan dapat:
– Menambahkan klien secara automatik tanpa kaedah pemasaran
– Menjana pendapatan yang lumayan
– Membuat pahala yang tidak putus-putus
2. Teknik ‘Passionate Learning’
Dengan mempelajari 7 teknik yang praktikal ini, pelajar akan lebih selesa untuk belajar dengan
anda dan sentiasa tertunggu untuk kelas seterusnya.
Kita juga akan lebih seronok mengajar dan dapat membantu pelajar belajar dengan lebih
berkesan dengan adanya perubahan yang positif dalam pembelajaran mereka.
Ini menjamin kerjaya anda akan lebih cemerlang dalam bidang ini
3. Strategi Art of Business
Peserta akan diajar dengan Teknik Boot Strap iaitu memulakan bisnes dengan modal yang
minima dan tanpa perlu berhutang.
Lebih 10 strategi pemasaran yang efektif akan dikongsikan bermula dari PERCUMA hingga
yang mempunyai kos.
Strategi X pula menyebabkan kita kebal persaingan kerana klien suka untuk memilih kita
sebagai tutor anak mereka.
4. Teknik Momentum X
Para peserta akan diajar dengan pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk mengekalkan
klien sedia ada dan mendapatkan klien lain.
Strategi P pula akan menjadikan kerjaya ini bukan sekadar part time tetapi kita akan
meninggalkan legasi yang akan dikenang dalam memberi manfaat kepada orang lain.
BONUS yang akan diperolehi
1. Setiap peserta yang hadir akan diberikan akses PERCUMA ke ‘Closed Group’ Workshop
Home Tutor Beyond Expectation. (Bernilai RM200)
– Anda akan dibantu dan bertanya pada bila-bila masa sahaja menerusi group ini
– Anda akan memperolehi tips-tips untuk menjadi Home Tutor berjaya secara PERCUMA
– Sebarang job juga akan dikongsikan dari masa ke semasa
2. Bonus Ebook ’10 Tips Kejayaan Tutor A+’ (Bernilai RM20)
Peserta juga akan diberikan ebook PERCUMA bagi membantu mendapatakan teknik-teknik
untuk menjadi tutor tuisyen yang berjaya.
Info Simposium Tutor Profesional Malaysia (STPM)
TARIKH: 28 & 29 November 2015
MASA: 9 am – 5 pm
TEMPAT: Lembah Klang
Kos Pelaburan:
Tidak perlu bayar RM250
Tidak perlu bayar RM100
Bayar RM149 seorang SAHAJA!
Untuk Pakej 3 orang, Hanya RM99 seorang (Anda JIMAT RM149!)
(Tidak termasuk makan & minum)
TERHAD untuk 100 orang SAHAJA!
Dianjurkan oleh
Sponsor