About

coachmohdnoor certified home tutor beyond expectation home tutor private tutor

coach-mohd-noor-mohd-tahir-home-based-learning-malaysia

Mohd Noor bin Mohd Tahir (Malaysia’s Professional Tuition Coach)

Merupakan graduan Bachelor in Biomedicine, Management Science University (MSU). Selain itu beliau mempunyai Sijil dalam bidang Usuluddin dari University Malaya Centre of Continuing Education.

Pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang doktor dan pernah ditawarkan untuk menyambung dalam bidang ‘Medicine’ di luar negara. Namun, disebabkan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan, menyebabkan beliau melupakan hasrat untuk bergelar seorang doktor.

uc-mc0bal34

Beliau mempunyai pengalaman sebagai ‘Health Advisor’ di sebuah syarikat multinasional yang sudah lama bertapak di Malaysia dan telah mempelajari bagaimana sesebuah syarikat ini berjaya mencapai visi dan misinya dengan ‘strategic management’ yang berkesan.

Beliau juga pernah mempunyai pengalaman sebagai pensyarah di sebuah IPT dan pernah dianugerahkan sebagai ‘Pensyarah Berkaliber’ dan Anugerah Pengajaran ‘Best Subjects’ (4 semester berturut-turut). Semasa berada di sana juga beliau berpengalaman mengendalikan program motivasi, teknik belajar, ceramah kerjaya di sekolah-sekolah.

coachmohdnoor coach home tutor malaysia

Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang ini semenjak di universiti lagi, beliau telah melibatkan diri dalam bidang motivasi dan pembangunan insan secara aktif sejak tahun 2004 bersama konsultan, badan bukan kerajaan (NGO), masjid, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Di samping itu, beliau juga berpengalaman mengendalikan program bersama badan korporat, pelajar IPT, sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah harian. Pengalaman mengendalikan program, seminar ‘public’ membantu beliau menambahkan pengalaman dari segi pengurusan dan pemasaran yang efektif.

coachmohdnoor certified home tutor beyond expectation home tutor private tutor

Pernah menghadapi kegagalan dalam bisnes yang diceburi disebabkan tidak membuat kajian pasaran yang betul dan tiada mentor dalam bidang berkenaan. Pernah juga menghadapi pelbagai cabaran dari segi modal, ilmu dan lain-lain. Namun, disebabkan sudah bertekad untuk memilih bidang ini sebagai ‘first choice’, beliau tidak memandang ke belakang lagi dan menganggap semua itu adalah ‘tiket’ untuk mencapai kejayaan. Boleh baca selanjutnya di sini.

Kini, beliau yang merupakan Co-Founder Infitah Training & Consultancy dan Director bagi CMN Global Consultant Sdn Bhd. & CMN Education Group. Selain itu, beliau juga merupakan Peneraju modul ‘Home Tutor Beyond Expectation’ dan ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) yang membantu Tutor & Usahawan Pendidikan menagajar dan menguruskan bisnes dengan lebih sistematik & profesional.

Beliau bersama team CMN Education Group telah membantu dan melatih lebih 2000 orang tutor  dan Usahawan Pendidikan di Malaysia secara live dan online dan mempunyai lebih 50 cawangan tuisyen, tadika dan sekolah swasta di Malaysia dan United Kingdom (UK).

footer CMNGE

Beliau juga merupakan Pengasas kepada ‘Tutor Profesional Malaysia’ (TPM) yang memberi bantuan kepada tutor dalam memberikan perkhidmatan yang profesional kepada klien.

Di samping itu beliau telah menganjurkan Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM yang merupakan program tahunan yang mengumpulkan tutor-tutor dari seluruh Malaysia dengan perkongsian pengalaman dari pakar-pakar jemputan dalam bidang masing-masing serat peluang untuk bernetworking sesama mereka. Info lanjut boleh klik DI SINI.

Simposium Tutor Profesional Malaysia STPM

Di waktu lapang beliau suka menulis berkaitan tuisyen, keusahawanan dan bidang pendidikan di Malaysia & UK di blog ini dan facebook beliau DI SINI.

Telah menulis lebih daripada 4 ebook dan 3 buah buku setakat ini iaitu ‘Formula Bisnes Dari Hati Ke Hati’, ‘Fenomena Home Tutor Beyond Expectation’ & ‘Legasi Tutorpreneur Malaya’ untuk berkongsi dengan masyarakat tentang ilmu keusahawanan serta peluang untuk lebih jauh dalam bidang tuisyen serta pendidikan di Malaysia.

ebook dan buku cmn publications coach mohd noor

Beliau juga merupakan ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang diterajui oleh Dr. Tengku Asmadi dan TAMRIN sering menganjurkan bengkel-bengkel ‘Sharpen The Saw’ untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran jurulatih dalam bidang ini.

Anugerah 'SOIF Coach Certification' oleh Mr Rizal; International NLP Master Learning Facilitator (Take Charge Sdn Bhd)

Selain itu, beliau juga merupakah seorang Coach & Professional Learning Facilitator (PLF) Mastery, Malaysia & SOIF Coach yang turut mempunyai visi dan misi membantu para trainer, fasilitator dalam menajamkan kemahiran masing-masing dalam bidang ini. Penglibatan dalam Kelab Pidato Perdana dan diiktiraf sebagai Pemidato Mahir juga membantu dari segi penyampaian yang berkesan kepada audien.

andrew tham coachmohd noor fbi

Selain itu beliau telah mendapat pensijilan ‘Neuro-Linguistic Programming (NLP)‘ & Neuro-Semantics dari ISNS U.S.A dan ‘Body Language Certified‘ dari Body Language Expert.

Beliau pernah menghadiri National Tutor Conference (NTC) di London serta merupakan Ahli Profesional kepada ‘The Association of Professional Coaches, Trainers & Consultants’ (APCTC) selain pernah melibatkan diri dengan sebuah syarikat di London yang membuat ‘management software’ untuk Tutorpreneur.

Banner_300x250_1

onine tutors

coachmohdnoor national tutoring conference

Beliau juga telah membantu usahawan-usahawan di United Kingdom dengan memberikan latihan & konsultansi dalam bisnes melalui networking yang telah diasaskan oleh beliau iaitu ‘Malaysian UK Entrepreneur Networking’ (UMEN).

usahawan melayu uk3

Sumbangkan beliau dalam bidang pendidikan dan tuisyen di Malaysia terlah diiktiraf dengan Anugerah ‘Icon Tutorpreneur 2016 yang telah diundi oleh para tutor dan usahawan pendidikan dari seluruh Malaysia.

icon-tutorpreneur-malaysia-stpm-tutor-malaysia-coach-mohd-noor

coach mohd noor ustaz azamir timbalan mufti negeri sembilan negerifm

Pernah dijemput dalam MHI dalam perkongsian ‘Keluarga Pendidik’ dan merupakan tetamu jemputan untul Radio Negeri fm dalam Slot ‘Diskusi Gen Y’ selain telah ditemuramah oleh BERNAMA kerana menguruskan Tuisyen dari UK.

tetamu TV3 MHI coachmohdnoor

  • Mohd Noor Mohd Tahir pernah mempunyai pengalaman sebagai guru sekolah rendah dan menengah sebelum menjadi Pensyarah di sebuah IPT.
  • Selain itu, beliau juga merupakan Peneraju modul ‘Beyond Expectation Tutor’ dan ‘Success Tutorpreneur Mentorship’ (STM) yang membantu Tutor & Usahawan Pendidikan mengajar dan menguruskan bisnes dengan lebih sistematik & profesional.

  • Pencetus kepada Modul Funtastic dalam subjek Sains & Matematik serta STEM (Science Technology Engineering & Maths) serta telah mendapat Silver Award dalam ‘Computational Thinking Games Design’ semasa The 1st National STEM Seminar di Universiti Malaya.
  • Selain itu, Team CMN Funtastic juga telah merangkul Silver Award dalam Teachers’ Innovation Carnival (T-NOVATE) di UIA & Silver Medal dalam Eduinnovation UK 2018

Beliau juga merupakan ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) yang diterajui oleh Dr. Tengku Asmadi & Dr Fadzilah Kamsah yang menganjurkan bengkel-bengkel ‘Sharpen The Saw’ untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran jurulatih dalam bidang ini.

Penglibatan beliau bersama sebuah NGO yang aktif dalam aktiviti dakwah, tarbiyah dan kebajikan telah membentuk beliau untuk menjadi seorang Muslim yang dapat memberi manfaat kepada ummah dan masyarakat.

Penglibatan bersama NGO MyCare, Israa’ Institution (UK) & ICare yang memperjuangkan isu Palestin & Syria melalui pelbagai aktiviti serta menjalankan projek-projek jangka masa panjang di Palestin turut membantu beliau meluaskan pemikiran serta pengalaman dan meningkatkan kemahiran ‘public relation’  dan dakwah bersama masyarakat.

Beliau serta tutor dan usahawan pendidikan juga berazam untuk memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang memerlukan terutama anak yatim dan yang kurang berkemampuan melalui inisiatif oleh CMN Care yang telah dimulakan pada tahun 2016.

Beliau juga mudah mesra, suka berkawan dan suka bekerja dalam pasukan. Masih lagi mencari pengalaman dan menambahkan pelbagai ilmu & kemahiran bagi membantu dan memberi sebanyak-banyaknya pada orang lain. Beliau boleh dihubungi di sini bagi mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim serta bertukar-trukar pandangan.

Beliau percaya untuk berjaya inspirasi kejayaan perlu bermula dari hati yang ikhlas dan diniatkan untuk membantu agama, bangsa, masyarakat dan negara.

Tagline beliau yang sering dipegang oleh ‘Yakin Sebelum Berjaya’

coachmohdnoor certified home tutor beyond expectation home tutor private tutor

life-of-mohd-noor-1