Bagaimana Saya Bermula Sebagai Home Tutor? Kisah Inspirasi Oleh SifuFBads

” MOHD NOOR, DARI SEORANG PENSYARAH KE BISNESMAN ”

Beliau adalah seorang pengarah kepada CMN Academy dan Co-Founder Akademi Infitah Training & Consultancy yg menawarkan perkhidmatan tuisyen dan mengaji di rumah..

SEKARANG..

.. Syarikat beliau kini mempunyai 20 cawangan Akademi Infitah di seluruh Malaysia dan luar negara.. Ada di antara cawangannya mampu memberi pulangan melebihi RM20k sebulan.. WOW!

SEBELUM NI..

.. Beliau adalah seorang pensyarah, mengajar student2 di IPT. Tak lama lepas tu, beliau ambil keputusan utk berhenti kerja kerana nak fokus pada bisnes.

Di sinilah bermulanya kisah hidup beliau sebagai seorang bisnesman..

fan manchester united coach mohd noor malaysia

INI KISAH BELIAU..

” Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,

Saya Mohd Noor Tahir, Pengarah kepada CMN Global Consultant Sdn Bhd dan Co-Founder Akademi Infitah Training & Consultancy. Fokus kami adalah menawarkan pembelajaran fokus dan eksklusif bagi perkhidmatan tuisyen dan mengaji di rumah.

Alhamdulillah berkat kerjasama yang baik daripada partner (Arif Asa’ad, Badrul, Anwar) serta Leaders & Famili CMN juga Infitah yang melebihi 500 orang (full time & part time), kami dapat menawarkan perkhidmatan kami di 20 cawangan Akademi Infitah di seluruh Malaysia dan luar Negara iaitu di UK..

.. Kini ia sedang bertambah dari semasa ke semasa termasuk juga partner ‘joint venture’ kami.

Selain itu, kami juga menganjurkan program latihan, pembelajaran, keusahawanan dan coaching di sekolah, organisasi, badan korporat dan juga kepada mereka yg berminat menceburi bidang ‘Home-Based Learning’ yg semakin mendapat tempat di hati klien kini.

Dahulu saya tidak seperti ini, pernah dapat tawaran untuk sambung bidang perubatan tetapi tak dapat meneruskannya atas sebab tertentu. Kemudian berhenti kerja sebagai pensyarah IPT kerana ingin fokus dalam pembelajaran universal dan bisnes.

.. Ku sangka kan langit cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Rupa-rupanya bukan senang nak buat bisnes ni. Nampak dari luar memang best. Banyak cabaran dan dugaannya termasuk orang di sekeliling kita. Ramai pelik, kenapa nak berhenti kerja selepas ada kerja yg secure?

Saya selalu diam dan jawapannya hanya saya simpan di lubuk hati. Biarlah orang nak kata apa, yg penting kita tahu niat dan matlamat kita.

Memang masih ramai masyarakat kita yg berpandangan bahawa bisnes ini bukan kerjaya sebenar dan tiada masa depan.

Namun, bila kita ada matlamat dan hala tuju yang jelas dan ramai orang yg perlu dibantu, maka saya terpaksa bersabar dan teruskan passion saya. Terkadang terpaksa pekakkan sahaja telinga, fizikal nampak ok, dlm hati Allah sahaja yg tahu. Dalam masa yg sama saya tetap berbuat baik kepada mereka.

Pada tahun 2013, saya mengikuti seminar Pakar Bisnes Internet oleh Tuan Zamri Nanyan, dan pada masa tu salah seorang speaker adalah Tuan Jamal, then beliau offer coaching fb ads.

Masa tu fikir 10x juga lah nak daftar atau tak..Pelaburannya boleh tahan..Maklumlah kewangan dan bisnes belum stabil lagi.

Tapi saya ingat, pelaburan ilmu adalah yg paling besar, so saya redah dan usahakan je lah untuk mendapatkannya walaupun terpaksa ikat perut.

Bila belajar dgn sifu, saya terus ambil tindakan. Memang nampak improvement yg sangat ketara. Dari asal 4 cawangan, terus bertambah dari semasa ke semasa. Kami juga terpaksa menambah staf & tutor kerana ingin memenuhi keperluan klien.

Itupun sehingga sekarang, isu tutor yang kurang mencukupi masih lagi melanda dek kerana permintaan klien walaupun database tutor kami sudah melebihi 1000 orang.

Saya memang follow Sifu Jamal secara peribadi. Saya memang lihat cara pengurusan bisnes dan staf selain daripada belajar fb ads.. Dan saya banyak belajar sistem bisnes dari beliau. Yang bestnya beliau memang tak lokek ilmu. Alhamdulillah, ia amat membantu saya dalam menguruskan bisnes walaupun dari luar negara

Tapi saya memang tak puas hati dgn beliau, ‘janji dicapai’…offer sikit, tapi bagi terlebih-lebih dari yg dijanjikan. Contohnya, beliau selalu offer extra coaching dan belajar tajuk extra selain fbads.

.. Lagi satu, fbads ni memang perlu update ilmu setiap masa, jika tidak, Mark Zuckerberg pun tak dapek nak nolong bisnes kita.

Alhamdulillah syukur..

Semakin lama saya dalam bisnes, barulah saya faham bahawa niat dan matlamat kerja itu sendiri perlu diluruskan..

Niat kerana Allah, kerja untuk mendapatkan ilmu & kemahiran, dan juga untuk memberi manfaat kepada insan lain.

Then barulah kita akan minat dgn kerja kita dan melakukannya secara ‘Beyond Expectation’. Secara tidak langsung, rezeki akan datang dgn tidak disangka-sangka..

Then, org cakap.. “Dia bolehlah… dia itu…dia ini…”

Saya juga pernah mengalami saat-saat sukar..Suatu ketika duit pun tak cukup nak beli pampers dan susu anak.. Motor pun pernah kena tarik..Mak saya selalu susah hati dan macam2 lagi kesukaran yg pernah dialami bersama partner saya dlm bisnes.

Saya dah biasa susah, tapi saya tak boleh lihat orang lain susah hati.. pada masa tu saya faham semua ini untuk sementara sahaja.. Dan kejayaan itu pasti akan datang..

Alhamdulillah, bila kita ada ilmu dan mentor, kejayaan itu lebih mudah dijemput..

Kini, suara yang selama ini tidak menyokong itu semakin kurang kedengaran dan ada yg sudah bertukar menyokong pula.

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan ketabahan bersama sahabat-sahabat Infitah, serta mentor2 yg komited membantu kami.

Terima kasih saya ucapkan kepada Sifu Jamal dan team beliau yg komited membantu saya, partner dan usahawan-usahawan di luar sana. Jika kita tidak mengubah nasib kita sendiri dgn upgrade diri dan bisnes, tiada siapa yg boleh membantu. Apa pun, ia semua dgn izin Allah.

Itulah lumrah kehidupan..nak dapat sagu tu, kena pecahkan ruyung dulu..Dgn ada cabaran, kejayaan itu akan lebih terasa manisnya dan semakin dekat kita dgn Allah.

Ya, saya akui bisnes tiada masa depan jika tiada ILMU, MENTOR & KETABAHAN.

Kalau ada, anda ‘terpaksa’ bersedia untuk BERJAYA dgn izin Allah.

Alhamdulillah, kini kami ingin berkongsi kejayaan itu dgn orang lain kerana semua itu milik Allah dan harus dikongsi..

Alhamdulillah, Subhanallah. Allahuakbar. ”

========================
PEMILIK PAGE
– Home Tuition & Quranic Home Based
– CMN Academy
========================

Abaikan apa orang sekeliling kata pada kita, FOKUS pada apa yg ingin kita capai..

.. dan paling penting adalah apa NIAT kita dlm melakukan sesuatu perkara kerana..

–> NIAT YG BAIK, HASILNYA PUN BAIK

Sifu Jamal, SifuFBads

p/s: seperti yang tersiar di facebook ini.

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Anda Dah Bazirkan Masa & Tenaga Sebagai Tutor, Jika…

Kerjaya sebagai tutor memerlukan pengorbanan… antaranya masa dan tenaga. Anda setuju?  Tapi anda tau tak, ...