Mengapa Kita Masih Belum Dapat Apa Yang Kita Impikan?

Dari Anas r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Telah berfirman Allah Ta’ala : “Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Wahai anak Adam! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”
(Hadis Arbain ke 42)
 
Ibnul Qayyim telah berkata:
“Sesungguhnya jika Allah menahanmu dari mendapatkan sesuatu, itu bukanlah karena Dia bakhil, khawatir kehilangan perbendaharaanNya, atau menyembunyikan hakmu. Akan tetapi itu adalah karana Dia ingin kamu kembali kepadanya, menjadikan kamu kaya dengan faqir kepadaNya, memaksamu untuk bersimpuh dihadapanNya, menjadikan kamu dapat merasakan manisnya ketundukan & kefakiran kepadaNya setelah merasakan pahitnya terhalang dari sesuatu. Supaya kamu memakai perhiasan ‘ubudiyyah (ibadah) menempatkanmu di kedudukan yang tertinggi setelah kedudukanmu di bawah. Supaya kamu dapat menyaksikan hikmahNya dalam qudrah (ketetapan) Nya, rahmatNya dalam keperkasaanNya, dan bahawa sebenarnya tidak meberinya adalah suatu pemberian, hukuman dariNya adalah pengajaran, ujian dariNya adalah pemberian & kecintaan, diperkuatkan musuh-musuhmu keatasmu adalah yang akan mengiringmu kepadaNya.

 

 

 

Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada.

Jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati.

Jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras.

Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa.

Jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri.

Jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat.

Moga jawapannya kan kau temui…

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Bagaimana Menjadi Pakar Dalam Bidang Anda?

Dalam setiap bidang ada pakar yang menjadi rujukan. Untuk membina empayar dalam sesuatu bidang, tidak ...