Walaupun sudah bertahun-tahun tidak menggunakan no telefon sendiri untuk urusan pendaftaran Home Tuition, masih ada lagi klien yang menghubungi.
Tersenyum apabila melihat semakin banyak permintaan daripada ibu bapa untuk perkhidmatan Home Tuition dan tidak ketinggalan semakin ramai yang menyertai bidang ini sebagai Tutor.
Alhamdulillah, ini menandakan bidang tersebut bagus dan potensinya semakin berkembang.
‘The most important thing is just keep upgrading your quality of services & give more and more values to the clients.’
Ramai orang bertanya dan tidak kurang pula yang ber’persepsi’ kurang enak semasa saya masih awal dalam bidang ini. Jadi, sekarang bila orang tanya…
Mengapa kita perlu melibatkan diri dalam industri Home-Based Learning ini?
Jawapan saya…
o Dapat memberi manfaat dengan menyebarkan ilmu serta kebaikan kepada insan lain.
o Dapat membantu pelajar ke arah lebih baik dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari….
o Dapat membantu orang di luar sana mempelajari al-Quran dan fardhu ain dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
o Bebas menjadi majikan dan menetapkan jadual anda sendiri.
o Dari sehari ke sehari industri ini semakin membesar dan menerima permintaan yang ‘mencurah-curah’ daripada ibu bapa dan pelajar.
o Mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga dan rakan-rakan.
o Bebas menikmati faedah pekerjaan yang memuaskan dan menyeronokkan.
o Menjana satu lagi sumber pendapatan 3-5 angka sebulan dengan modal yang sangat minimum (kurang dari RM100). Return of investment (ROI) yang tinggi.
o Boleh dilakukan secara sepenuh masa atau separuh masa.
Kejayaan memerlukan usaha yang bukan sehari, sebulan mahupun setahun. Kejayaan memerlukan usaha, pengorbanan dan ketabahan secara berterusan.
Walaupun jatuh banyak kali, bangkit dan melompat kembali. Cari rakan, mentor, tambah ilmu, join networking, upgrade diri, tingkatkan potensi. InsyaAllah kejayaan pasti menanti.
Anda ingin pergi lebih jauh dalam bidang tuisyen yang semakin mendapat permintaan tinggi ini?
Klik: Kembangkan Bisnes Tuisyen anda.