Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?
 
Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.
 
Ramai orang yang sibuk menjual produk/perkhidmatan, tetapi lupa apakah NILAI yang mereka ingin berikan pada pelanggan.
 
Ramai yang bertanya bagaimana ingin membuat marketing atau pemasaran yang bagus?
Memang banyak teknik marketing online mahupun offline di luar sana. Tetapi anda perlu kuasai ‘product knowledge’ produk/perkhidmatan anda dahulu. Justeru itu anda perlu yakin dengan produk/perkhidmatan anda sendiri.
Cuba jujur pada diri sendiri, jika anda merupakan bakal prospek, adakah anda akan membeli produk/perkhidmatan tersebut jika diberi tawaran? Jika jawapannya adalah ‘ya’, maka itu petanda bagus. Sebaliknya jika jawapannya adalah ‘tidak’, maka ada ‘something wrong’ di situ.
Latihan:
 
Siapa TARGET utama pelanggan anda?
 
Apa yang pelanggan anda DAPAT sebelum & selepas mendapatkan produk/perkhidmatan anda?
 
Apa yang pelanggan RASAKAN sebelum & selepas mendapatkan produk/perkhidmatan anda?
 
Apakah PERUBAHAN semasa yang mereka alami sebelum dan selepas mendapatkan produk/perkhidmatan anda?
 
Apakah STATUS pelanggan anda sebelum dan selepas mendapatkan produk/perkhidmatan anda?

product-market-fit2

 Kredit: Digital Marketer

Dengan jawapan-jawapan tersebut, maka barulah anda hasilkan copywriting yang bagus selain menggunakan strategi pemasaran seperti percuma, bonus, diskaun dan sebagainya.
Di manakah pelanggan anda selalu ada atau tempat mereka ‘melepak’?
Jika anda tahu dimana mereka selalu berada, barulah anda tahu teknik marketing mana yang sesuai. Tidak semua teknik marketing sesuai untuk semua jenis bisnes. Jika anda menjual alat perkemahan, pelanggan anda mungkin berada di facebook, kelab rekreasi & outdoor dan kolej/universiti.
Jika anda menggunakan marketing dengan social media, setiap daripadanya adalah berbeza.
Mari kita lihat..

Kredit: Digital Marketer

 Kredit: Digital Marketer
Oleh itu, kenali dengan tepat sebelum memilih teknik marketing yang sesuai:
1. Siapakah bakal pelanggan anda.
2. Apakah nilai yang anda tawarkan pada mereka.
3. Di manakah mereka berada.
p/s: Bagi Tutor serta Usahawan Pendidikan, anda akan diajar bagaimana ingin mensasarkan kepada klien yang benar-benar memerlukan perkhidmatan anda. Sertai kami Usahawan Tuisyen Berjaya & Bermanfaat.
‘Yakin Sebelum Berjaya’
Total
43
Shares
Related Posts
Read More

Buku ‘Fenomena Home Tutor Beyond Expectation’ Sold Out!

Alhamdulillah syukur apabila dapat tahu buku ni dapat memberi manfaat kepada orang di sekeliling termasuk jadi bahan rujukan…