Malaysia berdepan kekurangan pelajar aliran sains yang serius

Malaysia berdepan kekurangan pelajar aliran sains yang serius

KUALA LUMPUR: Malaysia berdepan masalah kekurangan pelajar aliran sains yang serius yang mampu menjejaskan usaha mencapai status negara maju.

Presiden Akademi Sains Malaysia, Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata ketika ini terdapat hanya 90,000 pelajar aliran sains yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jauh kurang berbanding 270,000 yang diperlukan setiap tahun.

Kekurangan itu boleh mengakibatkan jumlah ahli sains yang tidak mencukupi di negara ini.

“Bagi menggerakkan negara ini ke depan, kita memerlukan lebih ramai ahli sains dan jurutera yang lahir daripada mata pelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya pada sidang media selepas perasmian Pameran Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF), di sini pada Jumaat.

Ia disempurnakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menterinya, Datuk Seri Madius Tangau.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh.

Ahmad Tajuddin, yang juga Pengerusi Unit Khas Teknologi Tinggi (MIGHT) berkata penurunan jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran STEM bukan hanya berlaku di Malaysia.

Mengulas isu sama, Abu Bakar berkata punca kepada jumlah yang rendah itu adalah kurangnya minat pelajar mengambil mata pelajaran STEM, terutama dari luar bandar.

Katanya, kementerian-kementerian berkaitan bekerjasama erat untuk mengambil langkah mengatasi masalah itu.

Menurut Abu Bakar antara langkah itu ialah Program Kimia ke Desa pada 2013 kendalian kementeriannya, yang disesuaikan untuk meningkatkan kesedaran dan keseronokan mata pelajaran STEM dalam kalangan pelajar luar bandar.KLESF selama tiga hari yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines menampilkan pelbagai program dan aktiviti yang menyasarkan pelajar sekolah rendah dan menengah yang antara tujuannya bagi meningkatkan minat dalam mata pelajaran STEM.

— BERNAMA

Sumber DI SINI
p/s:  Modul Funtastic STEM Sains & Matematik. Info lanjut DI SINI
Total
0
Shares
Related Posts