Platform Mahasiswa & Businessman di Birmingham City University

Alhamdulillah berpeluang bersama BCU Advantage yang merupakan platform pertemuan di antara mahasiswa Birmingham City University di Birmingham, UK dan usahawan-usahawan.

Keperluan mahasiswa sekarang adalah bukan sahaja diperingkat akademik semata-mata. Malah lebih jauh untuk menyumbangkan sesuatu dengan penguasaan pelbagai kemahiran.

Kebanyakan syarikat-syarikat akan memilih graduan yang mempunyai kemahiran ‘soft-skills’ berbanding result semata-mata.

business networking2

Di UK sendiri, mereka telah mula profiling mahasiswa untuk diambil bekerja melalui platform sebegini. Profil mereka termasuk kemahiran ini boleh diperolehi dari website.

Bagaimana mendapatkan kemahiran ini?

– Terlibat dengan pelbagai aktiviti luar yang menambahkan ilmu dunia & akhirat, kemahiran dan pengalaman

– Bergaul dan menyumbangkan sesuatu kepada rakan-rakan di sekeliling dan masyarakat

– Cakna perkembangan dunia semasa yang berlaku

Mr Gary yang merupakan salah seorang Peserta The Apprentice juga berkongsi bagaimana beliau memulakan bisnes semenjak di universiti iaitu dengan menjual pop corn. Kemudian dengan pelbagai pengalaman keusahawanan dan kerjaya menjadikan beliau seorang usahawan yang berjaya dan Ambasaddor bagi kolej@universiti.

business networking3

Selain itu dapat berkenalan dengan usahawan dari pelbagai bidang termasuk bidang baru yang meningkat naik termasuk di Malaysia iaitu ‘Social Entrepreneurship’ iaitu Keusahawanan + Sumbangan sosial kepada masyarakat.

Dengan kemahiran-kemahiran ini akan menyediakan mahasiswa ke arah dunia realiti sebenar di samping memberi manfaat kepada ummah dan masyarakat.

business networking

Jika belum ada kerjaya, apa kata kita bina kerjaya sendiri dan orang lain 🙂

Networking is not about selling, it is about relationship. Offer your service before you ask for anything.

“Your NETWORK is your NET WORTH.”

Pengalaman yang tak boleh dilupakan adalah orang di bahagian pendaftaran ingat saya student universiti. Ada juga yang tegur muka saya ada iras macam Jack Ma..huhu

‪#‎UniversityOfLife

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...