Apa Kaitan Pembelajaran Abad Ke-21 Dengan STEM (Science Technology Engineering Maths) & KBAT?

Pembelajaran Abad Ke-21 dan STEM (Science Technology Engineering Maths) & KBAT
 
Para pendidik sering tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dikatakan Pembelajaran Abad ke-21?
 
Sebenarnya Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah sesuatu yang baru.
Seorang pendidik atau tutor yang berfikiran jauh dan sudah menempuh alam persekolahan dan pekerjaan pasti pernah bertanya kepada diri sendiri…
 
1.Apakah kita masih ingat kebanyakan daripada apa yang telah dipelajari dalam setiap subjek di sekolah, kolej atau universiti?
 
2. Apakah yang dipelajari itu relevan dengan bidang kerjaya dan realiti kehidupan kini?
 
Disebabkan itu Pembelajaran Abad Ke-21 akan menjadi relevan apabila seseorang pendidik itu berusaha untuk menjawab 2 soalan itu tadi.
 
Jadi apa kaitan STEM dengan Pembelajaran Abad Ke-21?

stem-malaysia-kbat

 
Kementerian Pendidikan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mula melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang itu untuk kepentingan negara.
Dari segi pelaksanaan di sekolah memang masih terdapat kekurangan kerana para guru juga terbeban dengan pelbagai tugasan serta perubahan kurikulum yang agak mendadak.
Namun, ia sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk jangka masa panjang ia bagus untuk menyediakan seseorang pelajar menghadapi realiti dan kerjaya masa hadapan.
Apa kata Dato’ Seri Mahdzir Khalid; berkaitan STEM?
Screen Shot 2017-02-06 at 6.19.55 PM
 
Di samping itu, kebanyakan kerjaya pada masa akan datang adalah berkaitan dengan STEM ini. Di Amerika Syarikat, 80% pekerjaan adalah berkaitan dengan bidang STEM ini.
stem-jobs
Contoh Projek STEM di negara maju seperti UK yang dianjurkan oleh kerajaan, universiti dan industri di UK boleh dilihat DI SINI.
projek STEM UK Malaysia pembelajaran pendidikan
 
Jadi para pelajar perlu dilengkapkan dengan asas STEM supaya bersedia dengan apa cabaran dan realiti kerjaya masa hadapan.
 
Dikatakan di Malaysia, pelajar perempuan lebih ramai di kolej dan universiti.
Lebih separuh kurang meminati bidang berkaitan STEM ini. Jadi ini adalah usaha untuk meningkatkan minat mereka dengan STEM.
stembuatkeretacmn3
Sekarang ada pula versi STEM yang baru iaitu STEM CS (Computer Science) iaitu pembelajaran berkaitan komputer dan programming. Boleh lah para pelajar ini bercita-cita menjadi seperti Bill Gates & Steve Job lepas ni 🙂
Selain itu STEAM (A for Art) pula STEM dengan elemen seni. Namun ia tidak jauh berbeza dengan konsep STEM yang turut mementingkan aspek seni dan design dalam projek yang dilakukan.
stem-education-in-malaysia
 
Dengan Formula 4C yang ditekankan dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi), para pendidik serta tutor perlu menerapkan 4C ini semasa proses pembelajaran.
 
– Communication
– Collaboration
– Creativity
– Critical Thinking
Kelebihan KBAT & STEM ini menyediakan kemahiran-kemahiran seperti Critical Thinking, Creative Thinking, Problem Solver, Teamwork, dan banyak lagi soft skills yang diperlukan dalam apa jua bidang pekerjaan.
pembelajaran-abad-ke-21-stem-cs-kbat
 
Dengan mengambil pendekatan itu, CMN Education Group dengan kerjasama Tutor Profesional Malaysia sedang membangunkan Modul  Funtastic Sains, Matematik, Fizik dan Add Maths.
 
stembuatkeretacmn2
 
Ini bagi menyediakan platform untuk mencambah minat mereka serta menyalurkan kreativiti mereka dalam bidang tersebut serta menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan oleh generasi masa hadapan.
 
Modul ini sesuai dilaksanakan di:
 
– Sekolah
– Pusat Tuisyen
– Tadika
– Home Tuition
– Home-Based Learning
– Learning Centre
dan lain-lain.
pembelajaran stem kids 21th century eduvcation kbat
stem2
stem4
stem5
Alhamdulillah ia mendapat respon positif dari peserta dan menerima banyak permintaan dari guru-guru dan sekolah.
cikgu zaki SM Sains Pokok Sena
 
Tunggu perkongsian seterusnya dari kami untuk meningkatkan lagi perkembangan Pembelajaran Abad Ke-21 & STEM di Malaysia 🙂
 
‘Yakin Sebelum Berjaya’
Ingin tahu lebih lanjut tentang Modul Funtastic Sains & Matematik yang berkaitan STEM?
Mohon klik link pada gambar 😃
Funtastic Sains & Matematik STEM
p/s: Mohon share supaya lebih ramai pendidik dan ibu bapa peka dengan Pembelajaran Abad Ke-21 & STEM ini
Terima kasih 🙂

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan lebih cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorpreneurCoach

Check Also

[Pertama] Bengkel Online Tutor Beyond Expectation