Berita Harian 28 Oktober 2012 membawa kisah lebih 15 000 pemuda yang berumur di bawah 32 tahun telah diisytiharkan bangkrap. Kes meningkat 5.5 peratus setiap tahun termasuk graduan muda yang baru memulakan kerjaya.
Antara sebabnya adalah:
1. Pinjaman kereta
2. Pinjaman perumahan
3. Pinjaman peribadi
4. Pinjaman kad kredit
Dan majoritinya adalah di kalangan orang Melayu yang kedua Cina, India dan lain-lain bangsa. Apa yang penting bukanlah kita hendak membincangkan tentang masalah tetapi bagaimana penyelesaian terhadap masalah tersebut.. Memang tidak dapat dinafikan, dunia sekarang lebih mencabar dari sudut sosial, ekonomi dan segala-galanya. Kadar kenaikan harga barang lebih tinggi daripaada kadar kenaikan gaji .Samada kita mengurangkan perbelanjaan atau tambahkan pendapatan atau kedua-duanya lebih baik 🙂
Tips daripada Tuan Shamsudin Kadir, pakar dalam bidang kewangan, apabila kita ingin membuat pinjaman kenderaan, pastikan mampu membayar pinjaman tersebu dalam jangkamasa 4 tahun. Ini bagi mengelakkan supaya kita tidak terjerat dengan tawaran menarik yang di ‘offer’ oleh bank iaitu selama 7 atau 9 tahun. Kebiasaannya, pada jangkamasa tersebut, kenderaan tersebut sudah hilang ‘market value’ dengan kebanjiran pelbagai jenis dan jenama di pasaran.
Jadi, fikirkan apakah perkara yang kita boleh lakukan bagi menambahkan pendapatan. Jika tiada modal, mulakan dengan menawarkan perkhidmatan seperti:
- Mengajar tuisyen
- Membuat design
- Membuat laman web
- Menaip dokumen
dan banyak lagi mengikut kemahiran yang ada pada kita. Jika tiada kemahiran tersebut, boleh belajar asalkan ada kemahuan dan minat .
Selamat beramal 🙂