Mudahnya Menjemput Rezeki

mencari rezeki, menjemput rezeki, rezeki berkat

Alhamdulillah, semalam berpeluang bertemu dengan penulis buku ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’, Tuan Fathuri.

Rezeki adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada seseorang dan ia bukan sekadar yang nampak di mata.

Nikmat Iman, Islam, air, udara, keluarga, kasih sayang semuanya adalah nikmat yang tidak boleh dijual beli.

Dalam buku ini diterangkan ‘mudahnya menjemput rezeki’ berbanding ‘mencari rezeki’ dengan melakukan amalan-amalan seperti tilawah al-quran, bersedekah, menyambung silaturrahim dan banyak lagi.

Alhamdulillah, sedikit perkongsian apabila saya cuba mengamalkannya dengan bersedekah di masjid lebih daripada biasa, saya dihubungi oleh seorang klien yang menawarkan ‘rezeki’ daripada Allah yang lebih daripada saya.

Walaupun begitu, apa sahaja amalan yang kita lakukan, niatkan kerana Allah dengan ikhlas, yang lain serahkan pada Allah 🙂

 

Buku Pilihan, Mudahnya Menjemput Rezeki, Bedah Buku, Fathuri Salehuddin, Galeri Ilmu

Facebook: Mudahnya Menjemput Rezeki

Total
0
Shares
Related Posts