Alhamdulillah, dapat tahu last minute tentang kedatangan Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, Imam Masjidil Haram, Makkah dari sahabat, Arif Abdullah.
Terus buat decision untuk datang ke Masjid Ali, masjid baru yang terbesar di Bimingham, UK.
Saya memang minat dengan bacaan al-Quran beliau..Jadi ambil kesempatan ini untuk bertemu sendiri walaupun jamaah yang datang memenuhi masjid dan agar sukar untuk mendekati beliau.
Selain itu, MP (Member of Parliament) Birmingham juga turut hadir memberi ucapan. Beliau merupakan non-Muslim, tapi ucapan beliau sangat dekat di hati dan menghormati Muslim di UK.
Alhamdulillah..
Semoga kita berada di kalangan orang soleh dan beriman. Ameen