Kepentingan Fokus Dalam Bisnes

FOKUS UNTUK 3

Ramai yang memulakan perniagaan, kemudian dipertengahan jalan membangunkan perniagaan, mereka bertemu pelbagai peluang yang menyebabkan mereka hilang fokus.

Kita mempunyai masa yang singkat untuk mencipta satu kejayaan besar dalam perniagaan. Perniagaan memerlukan masa 10 tahun untuk ia menjadi pokok besar dengan akar yang kuat bagi menahan taufan dan kemarau.

Kebanyakkan kita memulakan perniagaan pada usia 25 ke 30 tahun. Kita punya masa untuk bangunkan TIGA perniagaan besar dalam masa 30 tahun, TIGA perniagaan yang boleh bertahan lama sehingga ke anak cucu.

Jadi pilih untuk FOKUS kepada 3 PERKARA.

Ketika bermula, saya bekerja selama setahun, makan gaji. Kemudian menanam azam untuk berniaga.

Bermula pada umur 26 tahun dalam industri telekomunikasi. Ini adalah perniagaan pertama. Membinanya selama 10 tahun. Ia masih berjalan, tetapi trendnya sudah menurun.

Kemudian saya beralih kepada industri buku. Masuk tahun ini sudah 7 tahun. Saya merancang membangunkannya 5 tahun sebagai penulis, 5 tahun sebagai penerbit.

Insha-Allah, akan beralih ke F&B dan pengilangan. Sudah mulakan 2 tahun dan akan bermula semula.

KUASA FOKUS memberikan hasil yang lebih dengan usaha yang semakin kurang. KUASA OPTIMA untuk masa singkat yang kita ada.

FB_IMG_1466246935161

FOKUS KEPADA AUTOMASI

Tahun ini saya meletakkan misi utama untuk mempersiapkan syarikat-syarikat supaya boleh berjalan lancar tanpa kehadiran saya selama setahun.

Ini kumpulan syarikat yang baru, semuanya baru berusia 3-5 tahun. Mereka baru sahaja keluar daripada fasa ‘survival’. Saya mempercepatkan syarikat ini dalam fasa survival untuk dua tahun sahaja, dan fokus kepada automasi yang telah mula dilakukan 2 tahun yang lepas.

PELAN KELUAR BERFASA

Pemilik syarikat perlu mempunyai pelan untuk keluar dari bisnes. Semua ini di lakukan secara berfasa.

(1) Pertama, jalankan pelan yang membolehkan kita keluar daripada rutin harian bisnes tersebut. Jika bisnes boleh berjalan lancar dalam tempoh itu, kita boleh mulakan pelan seterusnya.

(2) Kedua, jalankan pelan yang membolehkan kita keluar daripada rutin mingguan bisnes tersebut. Jika bisnes boleh berjalan lancar dalam tempoh itu, kita boleh mulakan pelan seterusnya.

(3) Ketiga, jalankan pelan yang membolehkan kita keluar daripada rutin bulanan bisnes tersebut. Pastikan sistem dan pasukan berjalan lancar untuk sebulan, monitor untuk 3 bulan ke 6 bulan. Pastikan, angka jualan tidak menurun.

(4) Keempat, jalankan pelan yang membolehkan kita keluar daripada rutin 3 bulan bisnes tersebut. Fokus kepada seterusnya….

(5) Kelima, jalankan pelan yang membolehkan kita keluar daripada rutin 6 bulan bisnes tersebut. Jika bisnes boleh berjalan lancar dalam tempoh itu, kita boleh mulakan pelan seterusnya.

(6) Keenam, jalankan pelan yang membolehkan kita keluar daripada rutin 1 tahun bisnes tersebut. Pada saya, 1 tahun adalah tempoh yang sesuai untuk kita tinggalkan satu-satu bisnes. Pemantauan tahunan adalah penting.

Jika sudah boleh tinggalkan 1 tahun, kita sudah berjaya keluar dari pusingan operasi bisnes. Inilah sasaran kita sebagai pemilik bisnes, syarikat yang berjalan lancar setahun tanpa kehadiran kita akan menjadi pendapatan pasif kita.

Insha-Allah, ada rezeki, saya kongsikan dengan lebih terperinci apakah pelan tindakan kita bagi menjayakan proses automasi ini. (mungkin lebih mudah diterangkan dalam bentuk video atau seminar)

SEMOGA KITA BERJAYA KELUAR DARI BISNES dan menikmati kebebasan masa serta kewangan. Amin.

 

FB_IMG_1466247100129

Kredit: Tuan Syaizul Amal Founder BLINK Group Sdn Bhd

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...