Saya menerima pertanyaan di fanpage CoachMohdNoor.com :
Salam. Saya dapat 9A untuk SPM,sekarang kerja sbgai engineer. saya minat nak mengajar. Mcm mana boleh dapat 4 angka sebulan? boleh terangkan? berapa rate bayaran per hour/day? kalau logik, saya minat nak join. Harap ia bukan hanya gimik iklan. Tq
Jawapan saya:
Biasanya rate RM25-50 sejam. Bergantung kepada tahap, subjek dan pengalaman.
Katakan tuan mengajar hanya 3 jam sehari secara PART TIME selama 6 hari seminggu.
3 jam x 6 hari = 18 jam
18 jam x 4 minggu = 72 jam
72 jam x RM35 = RM2520
Maklumat lanjut akan saya terangkan dalam perkongsian saya, insyaAllah
————————————————————————————
EXCERCISE: ‘TIME VALUE OF MONEY’
Bahagikan gaji kita dengan masa kita berkerja (office hour dan luar office hour) . Berapakah nilainya?
Katakan gaji kita RM2500, kerja 8 jam sehari (atau lebih)
RM2500/8jam x 5 hari x 4 minggu = RM15.60
Tetapi jangan risau seandainya kita bekerja dengan niat kerana Allah, untuk mendapat pengalaman & ilmu. Malah, terpaksa pula bekerja lebih masa berbanding gaji yang kita terima.
InsyaAllah Allah memberi rezeki dari sumber lain (keluarga, anak-anak, pasangan yang baik, bahagia, tenang dan banyak lagi yang tidak disangka-sangka). Itulah yang saya lakukan dahulu walaupun bergaji biasa, niat bekerja untuk belajar dan memberi manfaat kepada orang lain.
Masa memang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Usaha kita yang bermanfaat untuk orang lain itu yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti.
Suatu ketika dahulu, saya sering berulang-alik menaiki motor setiap hari dari Cheras ke Seremban semasa bekerja sebagai pensyarah di sebuah IPT. Malam pula mengajar tuisyen, meeting, usrah dan lain-lain. Weekend pula ada kelas Master, program dan pelbagai tugasan lagi.
Alhamdulillah, saya dapat bertahan lama dengan kerja saya. Dan banyak perkara yang saya belajar dalam mematangkan diri saya. Kawan-kawan saya pelik sebab saya boleh buat 2-3 kerja. Bagi saya jika kita minat dengan apa yang kita lakukan dan berniat untuk membantu orang lain, ia akan jadi mudah. Saya berhenti kerja bukan kerana terdesak atau terpaksa. Ia juga adalah PILIHAN yang saya buat untuk mencapai MATLAMAT dalam hidup saya untuk menambah NILAI dalam kehidupan diri sendiri dan insan lain.
Allah meletakkan kita dalam sesuatu situasi itu kerana kita adalah HERO yang selayaknya menggalas tanggungjawab itu.
Kita akan menjadi lebih matang selepas melalui pelbagai cabaran.
Selain itu, ia sebagai ‘stepping stones’ untuk kita lebih berjaya kelak. Andalah HERO umat ketika itu.
Saya doakan anda berjaya menjadi HERO UMAT yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. InsyaAllah 🙂
‘YAKIN SEBELUM BERJAYA’
Jumpa di Simposium Tutor Profesional Malaysia untuk perkongsian sebagai Tutor Profesional & Usahawan Tuisyen berjaya.