Tip Home Tutor ‘Beyond Expectation’ #1: Apakah Teknik Terbaik Untuk Pelajar Anda?

Pembelajaran sabtu dan ahad dalam Seminar Business Success Magnet mengajar saya untuk mengawal keadaan anak2 kecil dalam Program Cuti Sekolah Genius Soleh di Akademi Infitah.

Ada antara mereka dalam kalangan yang mempunyai perwatakan Visual, Auditori dan Kinestatik berdasarkan ilmu Neuro-Lingusitic Programming (NLP).


Jelas kelihatan antara mereka sempat melukis ketika saya sedang mengendalikan slot. Pelajar ini dikategorikan sebagai Visual.

Ada pula tidak mahu kalah. Turut menunjukkan reaksi aktif ketika dalam pembelajaran. Pelajar ini kebiasaannya adalah kinestetik.

Tidak lupa pula yang sangat fokus ketika mendengar cerita tentang Nabi. Ini pula adalah pelajar yang kuat deria mendengar iaitu kategori auditori.

Kenali pelajar kita untuk pembelajaran yang lebih seronok & menarik.

Subhanallah hebat aturan Allah dalam mengaturkan kehendak hamba-hambaNya.

Terima Kasih Allah.

Sesungguhnya anak itu juga tarbiyah buat kita.


“Yakin Sebelum Berjaya”

tip home tutor berjaya
Cikgu Nadia
Creative Development Manager, Akademi Infitah

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

‘Learning Curve of Tutor’ Bersama Pakar NLP Excel Study

Anda merupakan Pendidik, Tutor Pusat Tuisyen mahupun Home Tutor? Pernah dengar tentang Neuro-Lingusitic Programming (NLP)? Suatu ilmu Sains…