NAK CARI PEKERJA BAGUS?
Bagi seorang usahawan, selepas bahagian Operation & Marketing berjalan dengan lancar, mereka perlu cari Team (staf) untuk pergi lebih jauh.
Ramai Usahawan yang saya kenal ada cabaran untuk membina Team yang mantap.
Memang tidak dinafikan dalam fasa berkembang selain Finance, bahagian Human Resource adalah yang bahagian sangat sangat penting.
Namun, tanpa Team, sampai suatu tahap, kita akan duk macam tu sahaja.
Fasa membina Team adalah yang paling mencabar untuk seorang Usahawan yang sedang berkembang.
Awal-awal semua kita buat sendiri. Semua di bawah kawalan kita. Ada masalah kita boleh terus ‘turun padang’ selesaikan.
Namun, bila sudah ada Team, tak semua benda bawah kawalan kita. Tiba saatnya kita guide, bantu dan percaya mereka.
Kesabaran dan ‘ketap bibir rapat-rapat’ itu perlu 😉
Awal-awal tak bolehla nak expect semua ‘perfect’. Kita pun ambil masa untuk sampai tahap macam tu 😉
Di sini perlukan Training, SOP, Sistem, Tools & KPI yang membantu.
Satu lagi gaya Gen Y lain dengan Gen X. Mereka perlukan kebebasan yang dalam jangkauan. Ini memang kena kreatif nak buat. Tidak mudah tapi bukan mustahil.
Cuba kaji 5 gaya & falsafah Google yang telah diundi sebagai ‘The #1 Best Companies To Work For’ iaitu:
1. Treating people the way you want to be treated
2. Empower team & don’t micromanage
3. Help them with career development
4. Be productive & result-oriented
5. Be a good coach
Untuk yang baru bagi mereka ‘Probation Period’, guide betul-betul dalam fasa ni. Kalau perlu boleh ‘extend’. Kalau tak sesuai juga boleh tukar tugasan lain atau terpaksa lepaskan mereka.
Untuk maintain dan kekalkan semangat Team kena buat perkara di luar kerja secara bersama seperti makan-makan, aktiviti outdoor, bercuti, bersukan, usrah dan sebagainya.
Cadangan saya untuk startup,
Fasa awa l- Bina survival & stability.
Fasa berkembang – Empower Team pula sebagai Leader.
Galakkan mereka untuk membina team dalam ‘niche’ dan ‘passion’ masing-masing.
Mereka mampu buat lebih baik dari kita jika kena gayanya.
Respect, Trust, Guide.
3 Tip Membina Team Gen Y dari www.generationy.com
1. CEO’s and Senior Managers should make time to spend some one-on-one time with their Gen Yer’s to find out what motivates them.
2. Middle Managers should create a rotation system in the organisation to retain Gen Yer’s who crave diversity.
3. Allocate projects to Gen Yer’s that stretch them outside of their comfort zone but not by too much that it’s unachievable.
Nasihat, Howard Schultz (CEO Sturbucks), di fasa pengembangan bisnes, penting untuk kita cari team atau staf yang lebih smart dari kita terutamanya dalam aspek-aspek tertentu.
Kalau kita selesa dengan staf atau team ‘yes-man’ atau kita yang paling bijak dalam semua perkara, kemungkinan tak ke mana sangat perginya. Pi mai, pi mai tang tu juga 😉
Tidak dinafikan, kos yang perlu dikeluarkan mungkin lebih. Namun, itulah pelaburan yang perlu dikeluarkan untuk memastikan bisnes sentiasa berkembang.
Yakin Sebelum Berjaya
p/s: Dijemput share untuk manfaat bersama