Graham merupakan seorang bekas pengurus di sebuah syarikat kejuruteraan dan pensyarah kolej, kemudian memulakan kerjaya sebagai private home tutor.
Beliau mengatakan bahawa ‘home tutoring’ merupakan suatu sistem pembelajaran yang unik di mana seseorang tutor itu boleh berkongsi pembelajaran secara ‘tailor made’ dengan mengikut tahap dan kemampuan seseorang pelajar itu.
Mereka juga boleh membantu menyelesaikan sesuatu isu yang berlaku dengan membina hubungan yang rapat dengan pelajar. Kebiasaannya, isu-isu yang menyelubungi pelajar tidak dapat diketahui hatta oleh orang di sekeliling mereka. Hanya yang rapat seperti kawan-kawan dan orang yang mereka percayai sahaja menjadi tempat untuk mereka berkongsi.
Selain itu, tutor juga dapat mengenalpasti serta menyerlahkan potensi serta bakat mereka yang terpendam. Mungkin juga mereka mempunyai kemahiran yang lain selain daripada akademik.
Siapa tahu apa yang akan jadi pada anak-anak ini pada 5-10 tahun akan datang?
Maka dengan menjadi seorang Tutor Tuisyen yang profesional, anda bakal meninggalkan legasi di dunia & akhirat.
Bersama kami dalam networking Tutor Tuisyen di Simposium Tutor Profesional Malaysia. Anda akan didedahkan dengan teknik & strategi yang berkesan untuk memberikan perkhidmatan yang profesional, pengurusan yang sistematik dan seterusnya mencapai kejayaan dalam membantu ibu bapa dan pelajar. Untuk maklumat lanjut, klik DI SINI.