Apa yang Paling Penting Sebelum Anda Memulakan Bisnes?

zuhairi nopiah LUA, LOA

Sudahkah anda menetapkan niat & matlamat dalam berbisnes?

Bagi memastikan bisnes yang kita mulakan akan bertahan untuk suatu tempoh yang lama dan meninggalkan LEGASI..

First & foremost, sebelum kita menetapkan matlamat kita untuk berbisnes, alangkah baiknya kita menetapkan niat kita untuk berbisnes.

Dengan niat yang jelas, kita akan terpandu dalam bisnes ini. “Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan Niat. Sesungguhnya setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkan……”

Hadis riwayat Bukhari & Muslim

Letakkan niat kita yang utama kerana Allah dan untuk memberi manfaat kepada orang lain melalui bisnes kita. InsyaAllah ia akan menjadi pelaburan di dunia & Akhirat.

Dalam buku ‘Built to Last. Successful Habits of Visionary Companies’ karya J.Collins. Kajian ke atas syarikat-syarikat terulung di dunia seperti Hewlett Packard, Sony, Ford membuktikan mereka wujud bukan kerana matlamat untuk membuat keuntungan semata-mata, tetapi apa yang lebih penting mereka mempunyai ‘core values’ & matlamat menyelesaikan masalah atau menambahbaik hidup manusia.

Oleh sebab itu mereka wujud lebih puluhan dan ratusan tahun sehingga sekarang dan ‘core values’ mereka masih wujud sehingga sekarang.

Bagaimana untuk menyebarluaskan perkhidmatan & produk anda untuk menambah nilai dalam kehidupan orang lain?

business management

Total
0
Shares
Related Posts