Lelaki Dyslexia Yang Mengubah Dunia

“The sky is not my limit… I am.” – T.F. Hodge

Richard Branson merupakan seorang pelajar Dyslexia (ketidakmampuan membaca dan menulis yang baik seperti pelajar normal), yang mempunyai isu dalam pembelajaran Beliau kurang ‘perform’ dari segi akademik dan terpaksa berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun.

Memang ada di kalangan guru-guru yang melihat potensi beliau. Di hari terakhir persekolahannya, pengetuanya pernah berkata bahawa beliau akan berakhir sama ada di penjara atau menjadi ‘multi millionaire’.

Selepas berhenti sekolah, beliau memulakan bisnes pertamanya iaitu menjual majalah ‘Student’ yang boleh dikatakan agak berjaya. Nama ‘Virgin’ dicadangkan oleh perkerjanya yang diambil sesuai dengan keadaan mereka yang masih baru dalam dunia bisnes ketika itu.

Beliau meneruskan dengan Virgin Records sebelum menceburi lain-lain bisnes seperti Virgin Airlines, Virgin Media, Virgin Trains, Virgin Hotel, dan banyak lagi dengan lebih 400 syarikat di lebih 30 negara.

Virgin Groups of Companies

Richard Branson memang terkenal dengan idea yang gila-gila dalam memulakan bisnes dan menukarkan kerisauan kepada kejayaan.

Antara yang menarik adalah beliau memulakan Virgin Galactic yang merupakan ‘The First Space Tourism’ yang dirancang dibuka kepada orang awam melancong ke luar bumi.

virgin galactic richard branson

Beliau juga pernah memulakan pelayaran dengan ‘hot air ballon’ merentasi laut.

Selain itu dengan Virgin Unite, sebuah NGO, beliau membuat kerja-kerja kebajikan selain sumbangannya dalam bidang keusahawanan yang diiktiraf oleh ‘Buckingham Palace, UK’.

Ramai yang tidak tahu bahawa disebalik kejayaan terhadap pelbagai kegagalan dan jatuh bangun dalam bisnes termasuk terpaksa menjual ‘Virgin Records’ yang merupakan antara yang terawal dalam empayar bisnesnya semata-mata untuk memastikan bisnes penerbangannya kekal.

Soalan yang pernah ditanya kepada Richard Branson..

Antara shareholders, pelanggan dan staff atau team, manakah yang penting?

Beliau meningatkan bahawa yang penting mengikut keutamaan adalah:

1) Staf atau team

2) Pelanggan

3) Shareholders atau pelabur

Alasannya mudah sahaja. Jika team kita gembira dan passionate dalam membuat tugasan, pelanggan akan gembira dan seterusnya pelabur akan datang dengan sendirinya.

Antara kisah yang beliu cerita sendiri ketika dia tidak dikenali adalah ketika beliau ‘stuck’ di airport untuk menuju ke Virgin Islands kerana penerbangan terpaksa dibatalakan ketika itu kerana kapal terbang menghadapi masalah.

Beliau membuat keputusan untuk menyewa kapal terbang persendirian yang sebenarnya beliau tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Jadi apa yang dilakukan adalah beliau megambil papan hitam kecil bertulis ‘Virgin Islands $29’ dan pergi kepada penumpang  penerbangan yang dibatalkan tersebut. Beliau berjaya menjual kesemua tempat duduk yang ada dan menggunakan wang tersebut untuk membayar sewa kapal terbang tersebut.

Dari situ bermula lah idea Virgin Airlines..yang sekarang berada di pelbagai negara. Apa yang saya lihat AirAsia sendiri banyak meniru strategi Virgin Airlines terutama dari segi ‘branding’ dan ‘service’.

virgin atlantic
Apa yang boleh dipelajari dari kisah ini, tidak perlu tunggu ‘perfect’ untuk memulakan bisnes.

Antara kata-kata beliau yang menarik; “If someone offers you an amazing opportunity and you’re not sure you can do it, say yes, then learn how to it later.”

richard branson quote virgin

Mulakan dengan apa yang ada di tangan dan gali ilmu serta ‘improve dari semsa ke semasa.

Kisah beliau mengingatkan kita semua bahawa setiap manusia telah diberikan kelebihan oleh Allah dalam bidang tertentu. Maka kita perlu menggali apakah potensi diri kita untuk menjadi sebaik-baik khalifah yang dapat memberi manfaat dan memakmurkan bumi ini.

‘Yakin Sebelum Berjaya’

 

About Mohd Noor

Penulis dan Pemilik Blog coachmohdnoor.com. Pengasas CMN Education Group yang menguruskan cawangan-cawangan tuisyen, Online Tuition, Quranic Home Based & Digital Learning di seluruh Malaysia. Penulis 3 buah buku dan lebih 4 buah ebook. Mendapat Silver Award dalam Teachers' Innovation Carnival (T-NOVATE 2018) di UIA serta Eduinnovation UKM 2018 melalui Modul Funtastic Sains, Matematik & Fizik dengan konsep STEM (Science Technology Engineering Maths) & Project-based Learning. Merupakan Penganjur kepada Bengkel 'Beyond Expectation Tutor' & 'Simposium Tutor Profesional Malaysia' yang mengumpulkan Tutor, Pendidik dan Usahawan Pendidikan dari seluruh Malaysia. Bersedia dihubungi jika memerlukan bantuan dalam pengurusan tuisyen dan bisnes. Yakin Sebelum Berjaya. #MalaysiaTutorCoach

Check Also

Sebelum Anda Mempelajari Teknik Marketing, Kuasai Ilmu Ini Dahulu

Apakah bisnes yang bagus?   Bisnes yang menambah NILAI dalam kehidupan seseorang itu.   Ramai ...