Seandainya kita imbau kembali saat-saat manis waktu belajar dahulu. Pastinya anda semua mengingati pendidik yang akan sentiasa berada di hati kita sampai bila-bila.
Namun, ada juga pendidik yang terus luput dari ingatan seseorang pelajar walaupun bukan itu kehendak mereka.
Contohnya;
Siapa Guru Bahasa Melayu kita Tahun 5?
Siapa yang mengajar kita Matematik Tingkatan 2?
Siapa pula yang mengajar kita subjek Geografi dan Kemahiran Hidup Tingkatan 3?
Ingatkah kita siapa guru disiplin semasa sekolah rendah?
Apakah nama-nama pensyarah kita di kolej/universiti?
Jika kita masih ingat, Alhamdulillah pendidik tersebut berada dalam hati (dan doa) pelajarnya.
Dalam sesi perkongsian yang saya jalankan, hampir 90% akan mengatakan guru/pensyarah/pendidik yang sentiasa kekal dalam hati dan minda mereka adalah disebabkan oleh:
1. Approach/pendekatan
Pendekatan yang digunakan seperti penyayang, tegas, teknik belajar yang mudah, mudah didekati, concern, Teknik NLP, Teknik Right Brain, dan lain-lain
2. Ilmu
Tidak dinafikan mempunyai banyak ilmu amat penting bagi seorang pendidik. Apa yang lebih penting adalah teknik untuk menyampaikannya.
Ramai orang mempunyai banyak maklumat dan ilmu. Namun, tidak semua dapat menyampaikannya dengan baik.
Ini merupakan asas menjadi Tutor ‘Beyond Expectation’ yang akan sentiasa berada dalam hati dan minda para pelajarnya.
Perubahan yang positif dan kejayaan walaupun sedikit akan menjadi obor pembakar semangat dan inspirasi kepada mereka untuk terus mendidik ‘di luar jangkaan’.
Ramai yang bertanya apakah kriteria untuk menjadi Home Tutor?
Adakah perlu mempunyai pengalaman? Atau adakah perlu mempunyai latarbelakang pendidikan?
Bagaimana teknik mengajar yang mengikut kategori keunikan yang sesuai bagi setiap pelajar?
Alhamdulillah saya sempat rakam video sharing bagi yang berminat untuk mengetahuinya.
Ada sesiapa berminat memperolehi video ini secara PERCUMA?
p/s: Perkongsian daripada Mohamed Rizal Mohamed Nali yang merupakan seorang Akauntan berpengalaman di sebuah syarikat GLC utama di Malaysia dan dalam masa yang sama merupakan seorang home tutor cemerlang
p/s/s: Cikgu Atik Hariri merupakan Owner Tuition The Hariri’s International yang sudah berpengalaman dalam bidang ini.
Lihat video ini DI SINI.
Ingin menjadi Pendidik yang disayangi dan disukai?? KLIK DI SINI