Kisah Founder Pusat Tuisyen Yang Pernah Buat Lebih 18 Jenis Bisnes

Kisah Founder Pusat Tuisyen Yang Pernah Buat Lebih 18 Jenis Bisnes 😮

Kami tahu ramai pendidik & usahawan pendidikan yang ada masalah produk atau servis tak laku.

Sebelum nak jual, mungkin kita ingat post je kat facebook, lepas tu ada orang nak beli. Tapi sebaliknya berlaku.

Kami nak share kisah seorang Founder Pusat Tuisyen. Dari jatuh sampai 0, pernah buat lebih 18 jenis bisnes 😮sekarang bisnes pendidikan dah berkembang. Siap ada produk sendiri lagi.

Nama beliau Ustaz Taufik atau dikenali sebagai Murobbi Arab. Beliau berpengalaman dan passion dalam pengajaran Bahasa Arab & bisnes sejak bermastautin di Kedah.

Beliau dah ada ‘tribe’ sendiri & sedang mengembangkan produk digital di bawah jenama Al-Qudwah.

Kisah beliau tidak bermula dengan sinaran pelangi. Beliau pernah gagal dalam bisnes tuisyen pertama lebih kurang 5 tahun lalu.

Waktu tu, beliau betul-betul jatuh tersungkur, hingga terpaksa let go pusat tuisyen.

Beliau jual kereta dan buat deposit untuk beli motosikal. Maka, bermulalah kisah penghijrahan beliau ke Selangor dengan hanya menunggang motosikal kapcai.

Kegagalan lampau tak mematahkan semangat & impian beliau untuk membuka semula pusat pendidikan Al-Quran.

Bagi merealisasikan impian tersebut, beliau mula iklankan servis Home Quran dan Arab Home Tuition sekitar kawasan yang beliau mampu.

Siang bekerja malam mengajar, sehinggalah pada bulan Ogos 2016, CMN membuka ruang untuk tutor yang berminat untuk kembangkan bisnes pendidikan.

Tanggal 1 September 2016, beliau berhenti kerja dan ingin fokus bisnes tuition sepenuh masa.

Berbekalkan ilmu pengurusan, marketing dan lain-lain yang dikongsikan CMN, beliau mulakan kembali bisnes dari zero.

Mari kami cerita apa yang beliau buat hingga berjaya jana RM30k pertama dengan servis tuisyen & produk pendidikan.

Apa yang menjadi turning point untuk sale beliau start naik apabila kami berkongsi tentang digital learning, roadmap, digital marketing & strategi value ladder.

Ustaz Taufik start dengan buat value ladder & bina ekosistem. Beliau ada beri Ebook percuma kepada pelajarnya.

Validation dulu try dulu bagi orang tengok. Jadi bila ebook ni dipasarkan, kena dengan apa yang orang cari & dah ada nak beli.

Selain itu, alhamdulillah Ustaz Taufik memenangi Gold Award masa Hari Inovasi di UKM tu. Preparation seminggu je.

Masa tu ustaz belum ada buku, bawa DVD je. Kalut pi kedai buat DVD sebab masa tu ada Ebook je. Tapi ada keistimewaan lah kat situ bila ada orang tanya – dia tak nak buat buku ke?

“Saya berpegang pada apa yang Coach Mohd Noor share – jangan syok sendiri. Ada seorang dua tanya buku, terus nak cetak. Buku dah lah mahal. So kita pun validate lagi.”

Jadi bila dah keluarkan buku fizikal, dah ada pembeli sebab kita buat pre-order. Lepas tu beliau fikir lagi bagaimana nak bantu lebih ramai orang lagi belajar Bahasa Arab.

Inilah tercetusnya idea ArabFlix yang di’branding’ semula sebagai QudwahFlix. Kini group yang beliau bina dah ada lebih dari 10K ahli.

Macam mana nak keluar dari masalah produk & servis pendidikan tak laku?

Anda juga boleh ambil contoh apa yang anda boleh belajar dari bisnes pendidikan orang lain.

Dah berjaya jangan lupakan orang lain. Dalam rezeki kita ada terselit rezeki orang lain.

Be The Legend 👍

Total
0
Shares
Related Posts