Pembelajaran sabtu dan ahad dalam Seminar Business Success Magnet mengajar saya untuk mengawal keadaan anak2 kecil dalam Program Cuti Sekolah Genius Soleh di Akademi Infitah.
Ada antara mereka dalam kalangan yang mempunyai perwatakan Visual, Auditori dan Kinestatik berdasarkan ilmu Neuro-Lingusitic Programming (NLP).
Jelas kelihatan antara mereka sempat melukis ketika saya sedang mengendalikan slot. Pelajar ini dikategorikan sebagai Visual.
Ada pula tidak mahu kalah. Turut menunjukkan reaksi aktif ketika dalam pembelajaran. Pelajar ini kebiasaannya adalah kinestetik.
Tidak lupa pula yang sangat fokus ketika mendengar cerita tentang Nabi. Ini pula adalah pelajar yang kuat deria mendengar iaitu kategori auditori.
Kenali pelajar kita untuk pembelajaran yang lebih seronok & menarik.
Subhanallah hebat aturan Allah dalam mengaturkan kehendak hamba-hambaNya.
Terima Kasih Allah.
Sesungguhnya anak itu juga tarbiyah buat kita.
“Yakin Sebelum Berjaya”