5 Tip Tutor Profesional & Berjaya

Tip #1 Tutor Profesional & Berjaya

Bagi memastikan perkhidmatan yang kita mulakan akan bertahan untuk suatu tempoh yang lama dan meninggalkan legasi, alangkah baiknya kita menetapkan niat kita untuk berbisnes.

Dengan niat yang jelas, kita akan terpandu dalam bisnes ini.

“Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan Niat. Sesungguhnya setiap orang akan memperolehi apa yang diniatkan……”

(Hadis Bukhari & Muslim)

Letakkan niat kita yang utama kerana Allah dan untuk memberi manfaat kepada orang lain melalui perkhidmatan dan bisnes kita. InsyaAllah ia akan menjadi pelaburan di dunia & akhirat.

coach home tuiton abs 4

Tip #2 Tutor Profesional & Berjaya

Walaupun anda baru bermula atau menjalankan perniagaan seorang diri. Anda boleh mendaftarkan syarikat anda.

Salah satu kelebihan apabila mempunyai syarikat adalah menunjukkan bahawa anda amat serius dalam bidang ini.

Di samping itu, ia turut menampilkan imej profesional kita sebagai tutor. Apabila kita memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien, secara tidak langsung klien akan mempercayai syarikat serta branding kita dan menyebarkannya kepada orang lain.

Disamping itu pendaftaran syarikat penting untuk membuka akaun syarikat serta untuk sebarang permohonan berkaitan bank kelak.

Tip #3 Tutor Profesional & Berjaya

Apabila mengajar, berikan nilai tambah kepada klien dan pelajar anda. Contohnya jika anda telah berjanji untuk mengajar selama 1 jam, berusaha untuk mengajar lebih masa berbanding apa yang sudah dijanjikan.

Dengan cara ini, klien akan lebih menyukai anda sebagai tutor kepada anak mereka dan suka untuk berurusan dengan anda pada masa akan datang. Kebiasaannya, mereka akan mencadangkan nama anda kepada orang lain sebagai tutor jika mereka berpuas hati dengan perkhidmatan anda.

Tip #4 Tutor Profesional & Berjaya

Setiap kali selepas sesi pembelajaran anda, ambil sedikit masa untuk berbual dengan ibu bapa pelajar tentang perkembangan dan prestasi anak-anak mereka. Ibu bapa akan lebih menghargai anda sebagai tutor yang prihatin dan bertanggungjawab.

Puji kebaikan serta kelebihan anak dihadapan ibu bapa mereka dan beritahu dengan jujur apa yang perlu diperbaiki tanpa menyinggung perasaan mereka.

Tip #5 Tutor Profesional & Berjaya

Gunakan Teknik Pembelajaran yang sesuai dengan pelajar. Tidak semestinya semua pelajar boleh faham dengan satu teknik sahaja. Sentiasa cuba pelbagai teknik untuk mengetahu cara yang terbaik untuk mereka.

tutor tuisyen alquran2, Infitah, home tuition, quranic home basedSentiasa berikan pujian kepada pelajar walaupun perkara tersebut kelihatan kecil atau remeh, contohnya sekiranya mereka bersedia awal, berjaya melakukan kerja yang diberikan dan memberikan respon semasa sesi pembelajaran.

Dengan memberikan pujian atau sebarang hadiah (walaupun kecil) akan meningkatkan motivasi mereka untuk meneruskan kebaikan tersebut. Apa yang perlu diingatkan bahawa puji kebaikan mereka dan nyatakan impaknya, bukan memuji orangnya contoh:

“Bagus Ali usaha jawab soalan ini. InsyaAllah kalau keluar soalan ini dalam peperiksaan, Ali pasti dapat skor.”

Ingin mengetahui lebih banyak tip dan perkongsian bagaimana menjadi tutor profesional dan berjaya?

home tutor beyond expectation johor bahru

Lebih banyak perkongsian di Tutor Profesional Malaysia.

#TutorSumberInspirasi
#WeAreProfessionalTutors

 

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Trend Terkini Tuisyen Di Rumah, Lebih Mudah Melalui Aplikasi Online

“ANAK2 ZAMAN NI SUKA SANGAT GUNA GADGET BUAT MAIN GAME & BER’SOCIAL MEDIA’ JE. ANAK SAYA PUN SAMA.…