Teknik Pembelajaran V.A.K Untuk Pelajar

Teknik Pembelajaran Terbaik Untuk Anak Anda.

Setiap manusia adalah berbeza, begitu juga dengan para pelajar. Cara mereka mempelajari sesuatu adalah berbeza di antara satu sama lain.

Para pelajar akan lebih seronok dan mudah menerima suatu pembelajaran itu apabila mereka diajar dengan menggunakan Teknik ‘Success Learning VAK’ yang sesuai dengan diri mereka.

Teknik Visual:

Teknik ini memerlukan para tutor menggunakan alat bantu mengajar visual seperti gambarajah, peta minda, graf, infografik, video dan sebarang benda berwarna. Tutor yang kreatif juga boleh membawa laptop, tablet, ipad dan sebarang gadget yang dapat membantu proses pembelajaran yang menyeronokkan!

Teknik Auditori:

Ada jenis pelajar yang suka mendengar dan cepat menangkap pelajaran dengan mendengar. Teknik yang boleh digunakan untuk pelajar ini adalah dengan menggunakan bunyi dan teknik pengulangan, lagu, audio, perbincangan ‘two way communication’ supaya mereka mudah menyerap input yang diberikan melalui
pendengaran.

Teknik Kinestetik:

Pelajar jenis kinestetik adalah jenis yang suka melakukan aktiviti. Pelajar jenis ini akan berasa gelisah apabila hanya mendengar atau melihat terlalu lama. Jadi mereka memerlukan aktiviti dan latihan yang berkaitan dengan subjek yang diajar. Jika tidak, games ataupun senaman ringkas yang dilakukan sekali-sekala amat bermakna buat mereka.

Dengan pembelajaran fokus melalui ‘Home Based Learning‘, para tutor dapat membantu anak anda belajar sesuai dengan kategori mereka.

teknik VAK NLP

Total
0
Shares
Related Posts