Sudah Bosan Mengajar Pelajar Lemah?

Kadang-kadang bila kita mengajar terutamanya student lemah, kita rasa ‘fed-up’..

“Kenapalah budak ni, benda simple macam ni pun susah nak faham..”

Kadang-kadang rasa kurang sabar. Dah ajar banyak kali pun masih susah nak faham.

Sabar bro & sis.

Ini sebab kita mungkin letakkan level pemikiran kita sama dengan pelajar tadi.

Kita mungkin rasa benda tu mudah sebab kita dah naik level lain. Benda yang sama kita dah lalui dan ulang banyak kali.. Sebab itu tak boleh nak bandingkan dengan pelajar-pelajar tadi.

Jadi apa nak buat?

Rendahkan sikit level pemikiran seolah-olah kita baru nak belajar topik tu..

“Tapi saya ajar budak lain ok je..”

hopme tuition dirumah private tuition

Memang lah bro & sis, setiap manusia tu berbeza kelebihan dan kekurangan. Kalau dia lemah bab ni, mungkin bab lain dia lagi hebat dari kita.

Lagi satu, kena check balik diri kita, adakah teknik yang kita gunakan sesuai dengan pelajar tu.. Tak salah kan muhasabah diri?

Sebab bila kita check balik diri kita, kita akan rasa nak upgrade skill mengajar kita untuk bagi pelajar senang faham. Kan dah dapat skill baru. Tak gitu?

Nak dengar satu cerita tak tentang Teori Pigmalion?

Ini masa sekolah rendah dulu, time saya nak ambil UPSR. Budak baru nak up 😉

Sekolah kami ada 4 kelas, Melor, Cempaka, Kenangan, Anggerik (ingat lagi nama kelas tu). Yang membezakannya adalah result exam. Saya duk kelas Melor. Tak tahulah apasal cikgu letak dalam kelas tu 😉

Sekolah kami ada pelajar non-Muslim juga walaupun tak ramai. Jadi bila time Pendidikan Islam & Pendidikan Moral, pelajar-pelajar non-Muslim kena gabung dari kelas-kelas berasingan tadi sebab tak ramai. So bila di susun balik, ada pelajar dari kelas belakang terpaksa masuk kelas depan sebab nak penuhkan kuota Pendidikan Moral tu.

Jadi, ada seorang kawan saya ni nama dia Devan, dia dari kelas belakang pun join kelas kami. Devan ni memang rapat dengan kitaorang. Budaknya sempoi dan boleh ‘masuk’lah dengan kami.

Tapi….

Peringkat awal saya menjadi saksi bahawa Devan ni memang struggle nak follow ‘pace’ kelas 1st. Bayangkanlah kelas 1st memang cikgu treat gila-gila punya..sebab harapan sekolah lah kiranya..huhu..

Kena denda tu biasa je bagi Devan..Tapi sebabkan kawan-kawan disekeliling dia memang macam tu, nak tak nak, Devan ‘terpaksa’ dan terikut-ikut juga..

Dipendekkan cerita bila diumumkan, Devan dapat 3A 1B. Masa tu UPSR 4 subjek je bro. Boleh agak tahun berapa kan..huhu

Semua orang terkejut sebab biasanya budak dari kelas belakang nak dapat 1A pun susah. Kalu dapat 1A@1B boleh buat kenduri kesyukuran kiranya 😉

Benda tu menguatkan saya bahawa pelajar yang so called ‘lemah’ dalam akademik ni sebenarnya boleh dibantu oleh cikgu atau tutor jika kena caranya.

Pendapat saya yang bukan pakar ni, pelajar ‘so called’ pandai atau lemah perlu dicampurkan untuk manfaat semua pihak dan agar tiada ‘bias’ dalam melayani mereka dan ada harapan untuk semua pelajar. Kedua-dua sistem ada pros & cons. Cuma sekolah di UK setahu saya memang tak asingkan pelajar ikut gred.

faris

Sekarang ni kira bagus juga ada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Teknik Pembelajaran Abad Ke-21. Minda pelajar lebih terbuka dan diajar perkara yang relevan dengan dunia sebenar.

Jadi kembali semula.

Apa itu Teori Pigmalion?

Teori ni sebenarnya dari watak Yunani. (Boleh google) Secara ringkasnya sikap sesorang itu adalah berdasarkan keyakinan orang lain serta keyakinan kita pada diri sendiri.

Jika semua orang anggap kita negatif dan kita pula percaya. Jadi kita akan lebih mudah jadi macam tu. Tapi kalau orang lain menganggap kita positif dan kita yakin perkara tu, jadi dengan mudah kita jadi positif. Ia macam doa juga.

Apa yang kita fikir dan apa yang kita buat terhadap pelajar kita. Itu adalah doa.

Saya berpendapat, pelajar ‘advanced’ atau pelajar yang di katakan ‘ketinggalan’ tidak patut diasingkan mengikut kelas berbeza.

Ia kurang membantu pelajar ‘advanced’ untuk lebih menajamkan ilmu dan kemahiran dengan membantu rakan lain.

Selain, itu pelajar yang ketinggalan pula akan lebih ketinggalan kerana berada dalam environment sebegitu.

Apa pendapat anda pula?

Apa kata Kaunselor sekolah dan Pendidik ini berkaitan isu ini?

Ingin tahu lebih banyak teknik pengajaran yang terkini dan sesuai dengan peredaran zaman?

Jemput sertai Simposium Tutor Profesional Malaysia. Jemput daftar untuk Limited Edition pada 18 Ogos 2020.

‘Yakin Sebelum Berjaya’

footer CMNGE

Total
0
Shares
Related Posts