Tangisan Ummah Di Syria

Perbincangan dengan Bro Shezad dari Ummah Welfare Trust yang berpengalaman menghantar bantuan ke Palestin, Syria hari ini membuahkan hasil bukan sahaja untuk Program Ummah Week yang bakal diadakan nanti, tetapi turut membuahkan iman & keinsafan terhadap apa yang berlaku di Syria.
kisah syria
Polisi mereka ialah 100% kutipan akan diberikan kepada yang memerlukan. Bagaimana mereka menjana kewangan untuk pengurusan? Ia adalah melalui hasil jualan barangan yang didermakan serta tabung khas pengurusan. Kebiasaanya lebihan daripada pengurusan juga akan dimasukkan ke dalam tabung derma.

Kalau boleh memang tidak sanggup dengar kisah mereka makan rumput. Kisah ngeri seperti mati disebabkan kesejukan, dibom, diseksa oleh regim Basyhar dengan cara yang tidak terfikir oleh akal manusia normal.

Namun itulah realiti yang berlaku. Benarlah seperti kata Faizal Tahir, apabila memikirkan nasib mereka, sebenarnya masalah kita terasa kecil.

Sebenarnya bukan mereka diuji, tetapi kitalah sebenarnya sedang diuji oleh Allah untuk menghulurkan doa dan bantuan.

 syria & palestine ikram uke mapim masoc birmingham msa warwick msa bcu ummah welfare trust israa institution icare ummah welfare trust

Mungkin kadang-kadang kita rasa susah..rupanya ramai lagi yang lebih susah berbanding kita.

Syria bukan lagi susah..tetapi tahap perit dan getir.

Mereka diuji dengan ujian yang sangat berat. Kita juga sedang diuji untuk membantu mereka.

Teruskan doa & sumbangan kita semua.

Terima kasih kepada Bro Rafitz Khamis dan Bro Shehzad atas perkongsian pengalaman menghantar bantuan untuk Syria di University of Birmingham, University of Warwick & Birmingham City University.rafitz khamis icare ikram uke

 

Perkongsian Isu Syria oleh Saudara Naim Jusri, Pengerusi Gabungan Selamatkan Syria (GSS) juga telah diadakkan sempena Family Day Malaysian Community in Birmingham (MCiB).

naim jusri gabungan selamatkan syria

Alhamdulillah amanah serta sumbangan untuk Palestin & Syria berjumlah £2170.37 dan barangan derma disampaikan kepada:

Israa’ Institution
Icare
Ummah Welfare Trust

Terima kasih atas kerjasama:

  • IKRAM West Midlands
  • Malaysian Society Uni. of Birmingham (MASOC UOB)
  • Malaysian Student Association Birmingham City University (MSA BCU)
  • Malaysian Student Association Uni. of Warwick (MSA UOW)
  • Malaysian Community in Birmingham (MCiB)
  • MAPIM

ummah welfare trust

Dan para penyumbang yang murah hati, yang menyokong serta menitipkan doa.

Semoga Allah meredhainya dan usaha sebegini berterusan. InsyaAllah.

Kenang mereka dalam doa dan hulurkan bantuan seadanya nescaya hidup ini lebih dijalani dengan penuh kesyukuran & kebahagiaan.

#UmmaticLegacy

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

‘Learning Curve of Tutor’ Bersama Pakar NLP Excel Study

Anda merupakan Pendidik, Tutor Pusat Tuisyen mahupun Home Tutor? Pernah dengar tentang Neuro-Lingusitic Programming (NLP)? Suatu ilmu Sains…
Read More

Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM Meriah!

Terima kasih atas doa & sokongan semua. Bersama kita memartabatkan dunia pendidikan di Malaysia. Klik pada gambar untuk…