Kami dalam proses akhir untuk mendaftarkan company di UK dan meneliti kandungan perjanjian partnership.
Syarat-syarat untuk membuka syarikat di sini sedikit berlainan dengan di Malaysia.
Saya dimaklumkan oleh partner saya bahawa rakannya seorang warga France dan telah memeluk Islam berminat untuk membuka cawangan dengan branding kami di France.
Beliau merupakan guru di UK dan turut mengajar tuisyen.
Antara subjek yang menjadi minatnya adalah Bahasa France.
Beliau bercadang untuk pulang ke France pada tahun ini dan optimis akan pasaran tuisyen di sana dan berminat untuk bekerjasama.
Kami baru ingin merangkak di sini, rupanya ada yang meninjau peluang bersama 😂😂
Semoga manfaat dapat disebarkan dengan lebih luas lagi. Ameen…
Jom Avengers..nampaknya kita perlu lebih berusaha supaya bantu orang lain yang sedang tercari-cari peluang 😉😉
Yakin Sebelum Berjaya 😃
p/s: Berminat bersama kami? Baca DI SINI