Ramai yang percaya bahawa keputusan peperiksaan menentukan masa depan seseorang itu..
Adakah benar??
Walaupun saya sendiri mendapat Anugerah ‘Dean List’ sebanyak 5 kali daripada 6 semester, saya percaya kejayaan seseorang itu bukanlah bergantung 100% daripada keputusan peperiksaan.
Konsep & prinsip pembelajaran itu harus difahami selain niat yang ikhlas kerana Allah dalam menyumbangkan manfaat daripada ilmu tersebut kepada masyarakat. Assignment, coursework, tugasan teamwork adalah elemen yang penting dalam membentuk minda & attitude kita. Sekiranya kita culas atau sekadar ‘copy & paste’ semata-mata dalam melakukannya tanpa memahami atau mengkaji, ada kemungkinan juga kita culas semasa bekerja nanti.
Dr Daniel Goleman menyatakan bahawa IQ hanya menyumbangkan 5-10% sahaja kepada kejayaan seseorang individu itu.
Prof Howard Gardner dari Universiti Harvard memperkenalkan suatu teori berkaitan kepintaran dan kehebatan yang dimiliki oleh manusia.
Teori ini membawa kepada suatu revolusi dan menimbulkan tanda tanya di kalangan masyarakat yang selama ini yang selama ini hanya menyedari kepintaran manusia hanya berkisar kepada IQ, EQ & SQ sahaja.
IQ = Intelligent Quotient (Kecerdasan intelektual/minda)
EQ = Emotional Quotient (Kecerdasan emosi)
SQ = Spiritual Quotient (Kecerdasan spiritual/rohani)
Teori ini digelar sebagai Teori Kecerdasan Majmuk atau ‘Multiple Intelligences’ atau singkatannya MI.
MI adalah sejenis kecerdasan yang merangkumi pelbagai aspek yang menyeluruh. Ada 8 aspek kecerdasan dalam MI iaitu:
1. Kecerdasan Interpersonal
2. Kecerdasan Intrapersonal
3. Kecerdasan Naturalisitik
4. Kecerdasan Muzikal
5. Kecerdasan Logikal-Matematikal
6. Kecerdasan Kinestetik Badan
7. Kecerdasan Ruang (spatial)
8. Kecerdasan Linguistik
Sesetengah orang kurang menyerlah dalam akademik, tetapi mempunyai potensi & kemahiran dalam bidang lain. Mereka juga boleh berjaya.
Setelah membuat sedikit penilitian terhadap sistem pendidikan di Malaysia & UK, pada pendapat saya, penilaian terhadap prestasi para pelajar perlu dinilai daripada pelbagai aspek.
Ya saya akui peperiksaan penting.
Pendapat saya penilaian yang holisti bukan daripada peperiksaan semata-mata. Kerana kecemerlangan dalam peperiksaan belum tentu menjamin seseorang itu bersedia menghadapi dunia realiti yang lebih mencabar kelak.
Saya sendiri percaya bahawa kemampuan manusia sebenarnya jauh lebih daripada 8 kecerdasan ini kerana Allah telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dalam Surah At-Tin:4
Lebih banyak kemahiran & MI yang seseorang itu kuasai, lebih dekat dengan kejayaan dan lebih banyak mereka dapat memberi sumbangan dan manfaat kepada ummah & masyarakat.