Pengalaman Pertama Buat Marketing Tuisyen Yang Mendebarkan

Terkadang saya tertanya-tanya, apakah yang saya buat ini betul atau tidak?

Atau adakah ada manfaatnya untuk orang lain.

Tapi apabila dapat maklumbalas kejayaan-kejayaan mereka ini menguatkan diri saya bahawa perjuangan ini tetap perlu diteruskan..

coach mohd noor home tuition

Maklumbalas lain boleh di lihat DI SINI

Mungkin ia kecil sahaja bagi sesetengah orang, tetapi ia amat bermakna bagi mereka dan kami sendiri pernah merasainya ketika baru bermula.

Teringat mula-mula gantung banner kecil di sebuah sekolah di Seremban, ada seorang klien ni contact saya..mula-mula rasa berdebar juga nak berjumpa klien ni. Maklumlah, sebelum ni mengajar je..tak pernah buat marketing..Bila pergi ke rumah klien tu, berbincang dan alhamdulillah beliau setuju nak home tuition kakak, adik dan sepupu mereka. Senang cakap dengan seorang klien tu pun alhamdulillah, cukup buat saya yang masih bujang ketika itu (dan baru berhenti kerja..uppsss)

Apabila kita sendiri seakan-akan yakin atau tidak yakin dengan kemampuan diri, tetapi ada ibu bapa dan pelajar yang memberi kepercayaan kepada kita, rasa ‘excited’nya lain macam.

Bila dah dapat first klien tu memang jaga betul-betul…layanan mereka pun boleh tahan…setiap kali datang, makanan wajib ada..tapi tu bukanlah matlamatnya 🙂

Tapi ultimatenya bila kita melihat peningkatan pada pelajar kita..Kalau exam usah cakap, macam kita pula nak exam 🙂

Betul lah orang cakap kepuasan bagi seorang pendidik itu apabila melihat kejayaan anak muridnya.. Bila fikir balik, ini lah saat-saat yang best jadi seorang tutor..Rasa macam nak kembali mengajar pula..huhu

Tak percaya cuba try 😉

the best tutor

Ada pengalaman yang ingin dikongsi bersama?

‘Think Big, Start Small’

Jika hari ini kita mempunyai impian

Mungkin ada yang memandang sinis atau acuh tak acuh pada kita

Atau juga bisikan dalaman kita yang lebih kuat menolak

Berlari dan terus berlari sehingga ‘mereka’ berhenti

Jika tidak mampu berlari..berjalanlah

Jika tidak jua mampu berjalan, merangkaklah sehingga akhirnya mereka kelelahan

Letuskan jiwa dalaman sehebat kesatria

Kerana Allah mencipta kita sebagai KhalifahNya

Mana mungkin kita jadi orang biasa-biasa

Kerana Adam diciptakan secara luar biasa

Yakin padaNya, yakin pada potensi diri

Yakin sebelum berjaya 🙂

=============

p/s: Anda berminat jadi Home Tutor tetapi tiada Teknik Superb?

Klik DI SINI

home tutor beyond expectation johor bahru

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

[Kisah Inspirasi] Berhenti Sebagai Akauntan Bertauliah Untuk Meneruskan Passion Sebagai Tutorpreneur

Pn Maizura adalah bekas Akauntan Bertauliah yang berpengalaman bersama sebuah syarikat besar sebelum ‘menerjunkan diri’ secara full time dalam…