Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t atas pemilihan ‘shortlist’ untuk Skim Usahawan Superb Teraju daripada lebih 300 permohonan untuk batch kali ini.
Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) ini adalah inisiatif untuk membantu usahawan bumiputera yang ingin memulakan atau mengembangkan bisnes sedia ada dengan idea yang kreatif & inovatif dengan geran sehingga RM500k.
Untuk semi final kali ini lebih kurang 50 orang terpilih daripada video business pitching selama 2 minit yang dihantar kepada pihak Teraju daripada lebih 300 penyertaan.
Mencabar juga apabila ingin memperkenalkan idea dalam masa 2 minit. Namun, dengan sedikit kajian internet & youtube dan beberapa kali cubaan, alhamdulillah akhirnya video tersebut dapat dihasilkan 🙂
Saya telah memilih idea ‘Online Tutoring & Management Software’ (OTMS) memandangkan ia merupakan suatu trend dan keperluan di negara maju. Ia juga merupakan bidang yang menjadi minat dan passion saya untuk membantu ibu bapa pelajar dan tutor di luar sana. Dengan menyesuaikannya dengan culture di Malaysia, insyaAllah ia pasti akan melonjak suatu masa nanti. InsyaAllah saya akan kongsikan di SIMPOSIUM TUTOR PROFESIONAL MALAYSIA November ini.
Dalam group ini, banyak juga idea-idea yang menarik dan kebanyakan mereka bukan calang-calang. Ada yang sudah memulakan serta membawa idea baru seperti membuat trak, membuat mesin CNC, animasi, drama, Galeri hikayat Melayu, kelas bakeri, Augmented Reality (AG), e-learning Bahasa Mandarin dan banyak lagi. Memang saya akui, pemilihan pihak Superb Teraju ini hebat-hebat belaka memandangkan saya juga pernah sertai beberapa program oleh pihak yang membantu usahawan-usahawan bumiputera ini.
Dalam meneruskan perjuangan mencari ilmu & membina networking bersama rakan-rakan usahawan dalam Superb Teraju yang diadakan di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC), rupa-rupanya banyak juga program, seminar, bengkel percuma dan yuran minima untuk para usahawan dalam mengembangkan bisnes.
Semasa program ini, berpeluang juga bertemu mata dengan Encik Azlan yang menguruskan Program Superb ini serta Dato’ Husni Salleh; CEO Teraju. Beliau boleh bergaul mesra bersama peserta serta memberikan input-input positif kepada kami.
Sepanjang 6 hari itu kami dibantu oleh para coach yang berpengalaman dalam bisnes. Alhamdulillah, saya sendiri banyak improve dari segi presentation. Jarang sebenarnya present tentang idea bisnes ini 😉
Hari keempat, kami mempersembahkan idea kepada juri-juri profesional dari agensi-agensi kerajaan & swasta. Alhamdulillah, saya terpilih untuk memasuki peringkat akhir dengan 29 peserta lain.
Semasa sesi final business pitching Superb Teraju, antara juri ialah Dato Ali (Mydin), Dato Husni (Teraju), Norman (KRU Productions) dan ramai lagi business figures. Ada sedikit kerisauan pada permulaan, namun dengan pengalaman serta passion yang ada, saya berikan yang terbaik. Yang lain serahkan pada Allah.
Apabila kita mempunyai passion serta ingin membantu orang lain, insyaAllah idea kita lebih mudah sampai. Terpulang kepada juri untuk menilainya. Pihak juri juga memberitahu bahawa batch Superb kali ini adalah yang terbaik sepanjang penganjurannya 🙂
Alhamdulillah secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan Program ini. Ia bukan sekadar pertandingan, business pitching atau sekadar ingin mendapatkan dana perniagaaan dan sebagainya, tetapi kami dapat ilmu, pengalaman serta networking bersama teman seperjuangan. Sehingga kini kami masih bertukar-tukar ilmu dan pengalaman serta sudah ada yang melakukan transaksi bisnes sesama kami.
Semoga diberkati Allah dalam memajukan ekonomi bangsa, ummah & masyarakat.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Skim Usahawan SUPERB oleh Teraju boleh klik DI SINI.
#jomapplysuperb