Mengapa Ibu Bapa Menghantar Anak Mengikuti Tuisyen Walaupun Semasa Pdpr?

Dalam satu survey yang dijalankan oleh pihak Astro Awani, kenapa ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti tuisyen, majoriti (63%) mengatakan bahawa mereka ingin memastikan anak mereka memahami matapelajaran.

Ini adalah salah satu perkara yang menjadi kebimbangan ibu bapa terutama dalam keadaan PdPr ini.

Namun, saya tidak bersetuju apabila kita meyalahkan pihak sekolah atau guru-guru di sebabkan sistem pendidikan yang kerap berubah dan komitmen yang tinggi ditagih daripada guru-guru sekolah terutama melibatkan norma baharu dalam pembelajaran.

Kita juga perlu menerima hakikat bahawa tidak semua pelajar boleh fokus atau selesa belajar dalam suasana yang ramai. Ada di antara mereka juga segan serta malu untuk bertanya terhadap persoalan yang kurang difahami.

Justeru itu, mereka memerlukan pembelajaran tambahan seperti kelas tambahan dan online tuition untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam trek pembelajaran dan tidak ketinggalan.

Fokus pembelajaran sangat dititikberatkan dalam tuisyen. Para pelajar akan mendapat lebih perhatian dan bimbingan yang padu daripada seorang tutor.

Ini akan memberikan impak yang besar kepada pelajar. Secara tidak langsung tutor akan dapat mengesan kelemahan pelajar dalam subjek yang diajarkannya kepada pelajar.

Oleh itu, usaha yang jitu akan diberikan oleh tutor dalam membantu pelajar memperbaiki kelemahan sekaligus memperoleh kejayaan.

Selain itu, tutor juga bertindak sebagai pembimbing dan pemberi inspirasi kepada pelajarnya dalam apa jua situasi yang melanda dalam pelajaran mahupun kehidupan.

Baca: 5 Tip Belajar Di Rumah Dengan Efektif

Jika anda berminat untuk menjadi seorang tutor yang berkaliber, profesional dan berjaya dalam bidang ini, boleh daftar di Tutor Profesional kerana ramai ibu bapa di luar sana memerlukan tutor yang dapat mengajar serta memberikan pembelajaran terbaik untuk anak mereka.

Untuk mengetahui maklumat terkini dunia tuisyen dan tutoring di Malaysia bersama para tutor seluruh Malaysia, layari Tutor Profesional Malaysia

#TutorKerjayaMulia

#UsahawanMuslimProfesionalBerjaya

kenapa menghantar anak ke kelas tusiyen

Total
5
Shares
Related Posts