The 21 Irrefutable ‘Laws of Leadership’ by John C Maxwell
Kepimpinan yang hebat sebenarnya adalah bukan berasaskan jawatan, keturunan, posisi dan sebagainya. Tetapi bagaimana seseorang itu boleh mempengaruhi orang lain berdasarkan akhlak, personaliti seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di awal dakwah Baginda.
Hadis daripada Ibnu Amr R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ketahuilah bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya.” (Hadis Muttafaq Alaih)
Setiap daripada kita adalah pemimpin bermula dengan memimpin diri sendiri. Banyak ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya yang digariskan oleh Islam mahupun Barat. Untuk kali ini, saya memilih beberapa kriteria dan ringkasannya seperti yang ditulis oleh John C Maxwell dalam bukunya “The 21 Irrefutable Laws of Leadership”
1. The Law of The Lid
– Kebolehan seorang pemimpin menentukan tahap kebolehan dan kelebihan seseorang terutama anak buahnya
2. The Law of Influence
– Kebolehan sesorang pemimpin mempengaruhi orang lain tanpa dipengaruhi oleh sebarang jawatan
3. The Law of Process
– Kepimpinan yang sejati perlu mengambil masa untuk mengalami kematangan melalui pengalaman sebenar
4. The Law of Respect
– Kebiasaannya orang akan mengikut pemimpin yang mempunyai kelebihan dari segi ‘sesuatu’ berbanding dirinya.
5. The Law of Magnetism
– Siapa diri pemimpin itu akan menentukan siapa yang mengikutnya
6. The Law of Connection
– Seorang pemimpin akan menyentuh hati sebelum meminta sebarang pertolongan
7. The Law of Inner Circle
– Potensi seseorang pemimpin itu ditentukan oleh siapa yang paling dekat dengannya
8. The Law of Reproduction
– Seorang pemimpin yang baik akan melahirkan pemimpin seperti dirinya atau lebih baik lagi
9. The Law of Buy-in
– Orang akan mempercayai seorang pemimpin yang bagus sebelum mengikuti visinya
10. The Law of Victory
– Pemimpin akan berusaha apa sahaja untuk memastikan kemenangan atau visi pasukan tercapai
11. The Law of Sacrifice
– Seorang pemimpin sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan misi dan visinya tercapai
12. The Law of Legacy
– Nilai sebenar seorang pemimpian adalah diukur melalui apa yang bermanfaat yang ditinggalkan