Saya Mohd Fikri Shahid adalah graduan daripada Universiti Teknologi Mara di dalam bidang perakaunan dan juga pemegang Ijazah Sarjana Kewangan, ACCA serta Master in Psychology Education .
Dimasa ini saya adalah tutor sepenuh masa.Saya berasal dari Felda Chini Timur 01 ,Pekan Pahang.”FELDA bumi permata” kata orang dan saya yang mulanya tidak bersependapat dengan kata-kata itu akhirnya bersetuju juga .
Saya tidak tahu pun menjadi anak peneroka merupakan satu perkara yang tidak baik.Sebabnya ramai orang memberikan tanggapan dengan menyatakan bahawa anak-anak peneroka ini tidak boleh maju.Tetapi anggapan itu sebenarnya adalah salah.Telah ramai anak peneroka yang menjawat jawatan tinggi di sektor awam dan juga swasta tetapi yang digembur-gemburkan adalah segala keburukan yang ada.
Bidang tuisyen persendirian ini telah saya ceburi hampir 10 tahun yang lalu secara sambilan dan sejak 4 tahun yang lalu barulah saya menceburinya secara sepenuh masa.Semasa saya membuat tuisyen ini secara sambilan saya tidak pernah terlintas sedikit pun di fikiran saya …bahawa pada suatu hari nanti pekerjaan ini bakal merubah nasib saya untuk mencapai impian seperti orang lain.
Saya memulakan kerjaya ini ketika saya masih belajar di Tahun pertama universiti lagi dengan tujuan untuk membiayaai pengajian dan perbelanjaan saya di universiti.(Masa itu kehidupan emak dan abah di Felda memang susah.Sebulan gaji setelah ditolak pembayaran semula pokok kelapa sawit hanyalah beberapa ringgit dan pernah emak dan abah mendapat gaji Rm 0.50 pada bulan itu).
Kebetulan pula semasa saya lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) rajinlah pulak mengajar adik-adik saya yang seramai 5 orang itu. Jadi bila mula mengajar di rumah pelanggan ,tidaklah merasa kekok sangat.
Semenjak itulah kemahiran dan teknik yang saya pelajari dari rakan – rakan di maktab (masa itu sudah ada kawan –kawan yang masuk maktab perguruan) dan mentor saya yang membawa saya ke perniagaan ini iaitu saudara Megat Khairul (dia ini seorang agen pada masa itu).
Saya mengambil keputusan untuk menceburi bidang ini dengan modal yang begitu sedikit sekali iaitu Rm 50.00, dengan Rm 50.00 itulah saya memulakan langkah untuk fotostat iklan dan bayar bil telefon( masa itu pakai “prepaid”.
Boleh dikatakan pada masa itu saya bukan sahaja di pandang rendah malah siap kena kutuk lagi. Ibu dan bapa mertua tidak menjadi masalah tetapi yang menjadi masalah ialah orang lain ( keluarga juga…) Katanya “macam mana kau boleh buat perniagaan sedangkan kau tidak kenal pun pelanggan dan cikgu-cikgu kau”?.Katanya lagi bidang ini adalah bidang yang mengarut.
Bukan itu sahaja, banyak perkara-perkara yang boleh mematahkan .Tetapi pada waktu itu dengan nekad dan sokongan penuh dari ibu bapa dan isteri (Rosmiahadura Bt Othman @ Basir) yang memahami menjadi panduan untuk bergelar usahawan tuisyen.Sebab saya dan dia percaya jalan yang sukar itu biasanya akan memberikan hasil yang lebih baik.
Namun begitu ada juga yang tidak percaya.Teringat lagi pada suatu ketika ,ketika pulang ke kampong dengan kereta baru sampai ada yang berkata pada abah saya “ Wak ( abah saya ini orang Jawa) kau tengok-tengokkan anak kau di Shah Alam tu…apa kerjanya…”.
Tetapi alhamdulillah emak dan abah begitu bangga sekali dengan pencapaian ini.Tidaklah pulak mereka melatah…sebab mereka tahu apa yang saya lakukan dan apa yang saya usahakan selama ini…mereka tidak percaya…? Tidak mengapalah…
Perniagaan ini pada mulanya orang akan berkata ianya sesuatu yang aneh.Tetapi sama saya boleh katakan prinsip yang sama seperti E- Dagang di mana anda tidak mengenali pelanggan anda tetapi yang anda tahu wang anda akan berada di dalam akaun anda.
Saya menggelarkannya “Usahawan Tuisyen” mengapa saya menggelarkannya begini ? ini adalah kerana daripada 320,000 guru (Jumlah yang didaftarkan semasa 11 Ogos 2005) saya percaya lebih daripada 50% daripada mereka tidak berminat untuk menjadi usahawan tuisyen.
Perkara yang mereka lakukan biasanya adalah membuat tuisyen sekadar menambah pendapatan sahaja.,dan tidak pernah memikirkan bagaimana untuk menjadi lebih kreatif dan kritis.Tetapi sebenarnya saya percaya mereka ini sebenarnya ada memikirkannya tetapi mungkin sibuk dengan pelbagai aktiviti lain.
Ada juga yang sudah memulakannya tetapi adakah anda bersifat seorang usahawan?.Sesiapa sahaja boleh menceburi bidang usahawan tuisyen ini,tidak mengira adakah anda seorang guru ataupun tidak.
Perniagaan ini tidaklah memerlukan modal yang besar ,tapak dan juga tidaklah mengambil masa yang begitu lama.Anda boleh memulakan nya di rumah, di sekolah ( jangan masa waktu mengajar pulak…) atau di pejabat.
Idea ini adalah sesuai pada para siswazah dan guru yang ingin memulakan sesuatu.Walaupun bukan menjadi jutawan tetapi untuk mengumpul modal,berbelanja mewah dan berkereta mewah itu saya boleh janjikan yang penting ialah usaha dan kesungguhan.
Inilah salah satu dari jalan untuk menambahkan pendapatan…
“ Biar kecil asalkan berhasil ” .Dr Rusli Abdullah (Chef Li)
Sumber: DI SINI