Zul Vs Mat: Anda Usahawan Yang Mana Satu?

Zul Vs Mat

Screen Shot 2016-06-02 at 12.38.38 PM
Zul Vs Mat adalah satu konsep usahawan yang sudah sebati dengan kita.

Walaupun Zul Vs Mat bukanlah orang sebenar, namun sifat mereka adalah benar-benar nyata dan berdasarkan orang sebenar.

Jika anda merupakan seorang usahawan anda mungkin merupakan salah seorang daripada Zul atau Mat.

Siapakah Zul dan Mat ini?

Baik, anda perlu membaca sehingga tamat untuk mengetahuinya..suprise 😉

Siapakah Mat?

Mat sudah berkecimpung dalam bidang bisnes lebih daripada 3 tahun, dari mula secara ‘part time’..

Kalau ikutkan sebenarnya mungkin lebih 6 tahun campur pengalaman buat dropship, affiliate, internet marketing, jual produk pakaian, kecantikan, mengajar tuisyen, pakaian takaful dan banyak lagi 😉

Bertemu Zul..

Sama seperti Mat, Zul pun mulakan bisnes secara ‘part time’ dengan pelbagai jenis bisnes termasuk mengajar tuisyen.

Memang sebenarnya buat bisnes ni tidak mudah. Tapi lama kelamaan, Zul mendapati bahawa ‘passion’nya yang sebenar….

Kenali Mat

Kepantangan Mat adalah mendengar tentang peluang-peluang bisnes baru.

Pelbagai jenis seminar, training, bengkel, coaching bisnes yang Mat sertai. Pantang ada sahaja  program yang ‘so called hot’, Mat akan join..itu pun kalau cukup duit..

Ebook, DVD, subscribe email sifu-sifu mana yang Mat tak beli dan join..

Cuma belum dipraktikkan je..huhu

Semangat 2-3 hari lepas program, selepas tu sejuk balik..

Apa yang pasti adalah 3 perkara ni:

1. Pendapatan bisnes cukup-cukup makan (biasa memang merompak duit syarikat..shhh)

2. Mat akan mati satu hari nanti tanpa legasi yang ditinggalkan

3. Akan ada yang tawaran serta baru ‘shiny-objects’ di email, facebook mahupun rakan-rakan kongsikan

… Dan dengan sedikit sedikit wang lebihan yang ada dalam bank, Mat laburkan dengan harapan pelaburan ilmu perlu dibuat untuk berjaya.

Itu memang tidak dapat dinafikan..

Namun, Mat mengharapkan ada ‘pil ajaib’ bisnes setiap masa yang dapat membantunya kaya dan jadi jutawan.

Tengok orang tu berjaya buat bisnes A, Mat pun nak jadi macam dia, tengok orang tu berjaya dalam bisnes B, Mat pun nak tiru macam dia..belum lagi pelbagai skim-skim ‘sontot’ dan ‘cepat kayap’ yang tumbuhkan bagaikan cendawan selepas hujan dan mengelabui mata.

Apa yang pasti juga Mat akan buat semua perkara:

– Mengajar

– Buat modul

– Bagi talk

– Claim yuran setiap bulan

– Uruskan akaun..(walaupun akhirnya terpaksa ‘merompak’ bisnes sendiri)

– Customer service dengan klien

– Edar flyers

– Gantung bunting

– Buat marketing di facebook

Tak campur 3-4 bisnes yang dia buat serentak untuk ‘cover’ pendapatan..

Mat tak berani ambil staf, atau ‘outsource’ serta ‘leverage’ pada orang lain. Sebab nak berjimat katanya. Baik dia buat sendiri.

Mat berputar di roda yang sama selama bertahun-tahun. Namun, dia percaya bahawa apa yang dilakukannya ini ada ‘something wrong somewhere’.

Tapi, bagaimana nak keluar darinya?

Bila ada masalah dalam bisnes, Mat tangguh dulu projek bisnes tersebut. Kemudian ada peluang bisnes baru, Mat sudah ‘berfikir-fikir’ untuk join dengan semangat baru katanya..

Mat sentiasa tercari-cari peluang baru yang mungkin boleh menjadikannya kaya serta jutawan suatu hari nanti..

Hasilnya masih sama..

Kebiasaannya memang tak ke mana..

Yelah.. ‘Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang-senang kemudian’ kann??

‘Game’ tersebut akan berulang-ulang sehingga Mat benar-benar menjumpai bisnes yang boleh menjadikan dia kaya segera…

Bagaimana pula dengan Zul?

Zul menguruskan bisnes berbeza dari Mat.

Zul masih boleh mengurus tarikan terhadap pelbagai tawaran serta peluang dalam bisnes. Dia tidak ketagih. Dia boleh mengawal apa yang beliau beli, program apa yang dia pergi serta apa yang dia pilih untuk abaikan.

Perhatiannya adalah lebih selektif dan mampu memberikan fokus dalam tugasan penting yang perlu disiapkan segera. Dia amat menghargai masanya.

Zul fokus untuk mencapat matlamat diri serta syarikatnya.

Zul sebenarnya membina aset jangka masa panjang serta sistem hasil dari ‘leverage’ yang dilakukannya dalam syarikat.

Zul hanya target pada pelanggan spesifik  dalam niche tertentu sahaja. Dia faham bahawa dia tidak boleh tawarkan atau jual produk/servis kepada semua orang.

Beliau sangat faham bahawa kita berada pada fasa di mana lebih baik menjadi seseorang yang dipercayai serta dapat memberikan nilai spesifik yang pelanggan inginkan.

Pelanggan pun ingin mencari solusi yang ditawarkan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut.

Pelanggan berulang adalah ‘tulang belakang’ kepada bisnes. Jika kita tidak menjaga mereka disebabkan sibuk dengan pelbagai jenis bisnes atau tugasan, maka mereka akan lari kepada orang lain.

Jadi Zul mengambil keputusan untuk membina ‘real business’ dan syarikat iaitu menjalankan sistem dengan lebih fokus dan strategik berdasarakan kepada pembahagian department.

Bagi Zul, produk atau servis bukanlah lagi sekadar bahan komoditi jualan, tetapi adalah solusi kepada permasalahan klien secara spesifik.

Duit dan modal bukanlah segala-galanya..Tidak semestinya tunggu ada modal yang banyak untuk Zul memulakan sesuatu untuk mencapai impiannya..

Zul percaya bahawa beri dahulu apa yang dia ada, insyaAllah hasilnya akan datang kemudian.

Alhamdulillah hasilnya memang di luar jangkaan Zul sendiri!

Jadi sekarang Zul telah mempunyai beberapa cawangan bisnes di seluruh Malaysia dan team yang support beliau.

=================

Putar Sebentar Ke Belakang

Mengenang kembali Februari 2008, ketika masih bekerja di sebuah syarikat multinational company ..pelbagai isu seperti politik pejabat, terpaksa ‘berperang’ dengan supervisor untuk menunaikan solat Jumaat,  menyebabkan saya terfikir..apakah ini kehidupan yang di cari-cari? Lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim yang bermusafir sementara di dunia ini..

Selepas berbincang dan mengambil keputusan nekad, saya akhirnya mengambil keputusan iaitu berhenti dan ia keputusan yang tidak disukai oleh keluarga..walaupun akhirnya mereka menerimanya.

Selepas itu saya menceburkan diri dalam bisnes penternakan, gagal..sebab tiada ilmu.

Hampir nak jadi agen takaful dan agen unit trust, tapi mungkin tiada rezeki di situ..

Dapat tawaran sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), walaupun kontrak sementara, dapatlah merasa sekejap jadi cikgu..jadi memang faham sangat kerja guru-guru yang selalu menimbun.

Semasa jadi pensyarah, ada masa terluang, saya teruskan kerja sambilan saya sebagai home tutor part time pada waktu malam.

Tak sangka sebenarnya best juga mengajar ni..

Sampai satu tahap, bila fikir semula..apa minat serta ‘passion’ saya

Saya akhirnya buat keputusan untuk melakukan bisnes secara full time. Sebab saya tahu, kalau tak dibayar pun, saya masih tetap mengajar.

Saya buat keputusan yang memang berisiko..

Tanpa simpanan dan modal, ibarat ‘bakar kapal’ sendiri..

Tapi setelah istikharah dan bincang dengan famili, memang saya ‘terjun kapal’..

Apa yang pasti, saya tiada ilmu bisnes..

Hanya tahu mengajar tuisyen.

Usah cakap mentor bisnes, mentol pun belum tentu ada..huhu

Apa yang best, setiap kali jumpa kawan-kawan atau saudara, mereka akan tanya, “Sekarang kerja apa?”

Walaupun memang berulang kali  bagitahu mengajar tuisyen..

Namun, itulah realiti kehidupan..

Saya tidak memilih destinasi yang dipilih oleh ramai orang.

Saya telah memilih destinasi yang tidak ramai ‘survive’. Justeru itu tidak hairanlah ramai yang memandang sebelah mata sahaja.

Fakta 90% daripada usahawan gagal dalam 3 tahun pertama tu memang tidak boleh dinafikan.

Mungkin saya jenis ‘degil’.. tapi apa yang saya pegang ‘Yakin pada Allah, Percaya dengan kebolehan diri’

Dan tanpa di sedari saya memulakan operasi sebagai ‘Mat’

===========

Sememangnya..

Kebanyakan kita dah tahu tentang kepentingan fokus..

Nak berjaya dalam bisnes apa pun perlukan fokus

Ia bukan benda baru, ‘cliche’ pula tu 😉

Kebanyakan Mentor dan Sifu Bisnes pun ulang perkara yang sama.

Tapi tak boleh nak tahan lah, bila tengok orang post sana-sini terutamanya di facebook, Instagram, email dan lain-lain tentang kejayaan dalam bisnes.

Padahal kita tak tahu, mereka pun ‘struggle’ sebelum jadi macam tu.

Macamana tahu benda ni?

Saya tahu sebab saya pun pernah ada pengalaman macam ni ..dulu 😉

Dan memang ramai usahawan yang saya kenal dan jumpa pun ada isu kritikal termasuk bertemu sendiri serta mengkaji kebanyakan usahawan berjaya di seluruh dunia.

Kalau tak percaya cuba cari mana usahawan yang dalam fasa 3 tahun pertama yang berjaya atau merupakan jutawan dalam 2-3 bidang bisnes?

Mungkin juga ada..

Tapi cuba tanya berapa ramai yang masih ‘merangkak’ dan ‘struggle’ dalam bisnes?

Sebab apa?

Sebab kita banyak mendengar kisah kejayaan, tapi kita tak dengar kisah kegagalan dan pengorbanan yang dilalui mereka.

Ditipu, rugi, duit modal ‘terbakar’, tak mampu bayar pinjaman dan banyak lagi..

Sebab kisah-kisah ini mengaibkan. Biasa kita dengar pun dari orang yang berjaya yang sudah melaluinya.

============

Alhamdulillah, sekarang ni saya sendiri banyak belajar untuk fokuskan diri.

Untuk berjaya dalam satu-satu bidang atau ‘ultimate success’, memerlukan fokus dan ‘ikat diri’ untuk satu jangkamasa sehingga benar-benar sistem itu boleh bergerak sendiri tanpa perlu kita berada dalamnya.

Suatu ketika dulu..

Memang saya dan partner buat segala-galanya dalam bisnes..

Mengajar ke sana ke mari

Edar flyers rumah ke rumah

Tampal poster di sekolah, masjid, surau, di mana-mana sahaj yang boleh ditampal 😉

Buat website..ni memang ‘mereng’ nak bagi siap..maklumlah buta IT 😉

Claim yuran klien..banyak yang selalu tertunggak..ada juga yang sampai ada masalah kewangan..halalkan jelah

Organize program dan bengkel sana-sini..Fuhhh..ni memang serius penat.

Interview tutor hampir setiap minggu.

Jaga servis klien dan tutor..

dan banyak lagi..

Keputusan?

Pendapatan masih cukup-cukup makan..memang bersyukur sebab dapat buat benda yang jadi ‘passion’ kita..Taklah kisah sangat.

Tapi bila fikir balik, macam mana nak berkembang dan bagi manfaat kepada lebih ramai insan lagi?

Dan saya tahu saya ada masalah fokus sebab banyak sangat benda ‘shiny-objects’ di keliling..

Saya sedar bahawa sedikit sebanyak saya beroperasi seperti ‘Mat’ walaupun saya rasa selesa sebab saya tahu ramai seperti saya juga.

=====================

Kesimpulan

Mat melihat sesuatu peluang sebagai hasil akhir, tetapi bukan pada usaha untuk membina kejayaan tersebut.

Mat adalah ‘jack of all trades and master of none’. Maksudnya semua bisnes dia rasa tahu dan boleh buat. Walaupun hakikatnya tidak semudah yang disangka.

Setiap tawaran bisnes mahupun ‘shiny objects’ di lihat sebagai peluang untuk mendapat duit dan menjadi kaya dengan kadar yang paling cepat.

Hasilnya memang boleh dijangka..

Manakala Zul pula berlainan.

Zul faham bahawa membina sistem bisnes adalah suatu proses yang mengambil masa.

Ia adalah usaha keras yang berterusan sepanjang masa secara konsisten.

Dia faham bahawa jalan di hadapan dipenuhi cabaran, tiada yang pasti serta memerlukan pengorbanan, disiplin, komitmen dan passion yang tinggi.

Tapi apa yang Zul pasti, dia sedang menambah nilai serta membantu klien-klien mereka dan klien-kliennya berpuas hati dan menjadi ‘repeat customer’. Dia yakin boleh berkembang dengan cara menambahbaik perkhidmatan serta sistem bisnesnya dari semasa ke semasa.

Sebenarnya ‘Zul’ berada di sekeliling kita, dari Usahawan Berjaya sehingga usahawan ‘lean startup’ yang masih baru.

Ia bermula dengan niat dan ‘mind-set’ yang betul untuk memberi manfaat melalui bisnes yang dijalankan serta fokus untuk berjaya dalam sesuatu bidang.

Jadi, rasanya setakat tu sahaja kisah Zul Vs Mat.

==================

Saya pasti anda dapat ‘point’ yang ingin di sampaikan melalui karakter Zul Vs Mat ini.

Apa pun, ada pelbagai ‘tahap’ untuk Mat & Zul.

Bila orang seperti ‘Mat’ menjalankan satu-satu bisnes dan mendapat sedikit keuntungan, dia akan gembira dan bersemangat.

Namun, jika sebaliknya, mereka akan merungut dan membandingkan diri mereka dengan orang yang berjaya. ‘Mat’ selesa untuk berada di kalangan ‘Mat’ yang lain.

Manakala ada ‘Mat’ yang sedar bahawa mereka adalah ‘Mat’ dan mereka ingin berubah menjadi seperti ‘Zul’..Tetapi mungkin belum bersedia atau belum tahu bagaimana caranya.

Berita baiknya, masih ada harapan untuk ‘Mat’ jadi seperti ‘Zul’!

Samada:

– Berikan nilai pada pelanggan

– Selasaikan masalah mereka

– Berikan ‘customer-service’ terbaik

Kemudian terus fokus untuk membina sistem bisnes. Jika ada masalah, tangani dan bermentor pada yang sudah berpengalaman.

Namun, ada ‘Zul’ yang sangat jarang dalam dunia  bisnes, iaitu mereka melakukan bisnes tujuan utamanya bukanlah duit semata-mata, tetapi untuk melakukan suatu perubahan yang baik dan memberi manfaat untuk dunia iaitu seperti Steve Job, Mark Zuckerberg, dan Sulaiman Al-Rajhi, Syed Mokhtar Al-Bukhari, dan ramai lagi.

Akibat dari ‘side-effect’ untuk mengubah dunia itu secara tidak di sangka-sangka adalah rezeki yang melimpah ruah buat mereka.

Mungkin dengan niat melakukan sesuatu kebajikan dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang ini akan memberikan impak yang sangat besar kepada bisnes anda?

Apa pun, untuk menjadi Mat atau Zul, ia adalah pilihan serta sikap kita.

Adakah kita memilih untuk jadi Mat atau Zul?

Jika sekarang ini kita adalah Mat, kita ada pilihan untuk memilih.

Apa sahaja pilihan kita, yang penting kita tahu dan sedar itu adalah pilihan terbaik untuk kita.

Sebelum ini saya tidak sedar bahawa saya adalah ‘Mat’, malah tak tahu bagaimana nak berfikir seperti ‘Zul’.

Pada tahun 2012, selepas berhempas-pulas serta melalui fasa 3 tahun pertama yang mencabar dalam bisnes, saya dan partner telah membuat pilihan untuk jadi seperti ‘Zul’ dan alhamdulilah ia pilihan yang tepat untuk saya dan team.

Kami memilih untuk memberi manfaat melalui pembelajaran kepada pelajar di Malaysia dan di luar negara dengan prinsip dan ‘core-value’ yang kami pegang.

Sedikit sebanyak juga diharapkan dapat menyumbang kepada dunia pendidikan walaupun ia tidaklah sebesar mana. Namun, melihat anak-anak ini suka belajar dengan gembira sudah cukup memberikan kebahagiaan kepada kami 🙂

Jika anda mempunyai ‘passion’ dalam Focus Learning dan ingin bersama kami dalam menyumbang dalam dunia pembelajaran, anda dijemput bersama kami. KLIK DI SINI.

Zul atau Mat..terserah kepada anda 🙂

entrepreneurship-copy

Total
0
Shares
Related Posts