Ingin Berhenti Kerja Kerana Nak Berbisnes?

Nak Berhenti Kerja??

Saya dapat banyak pertanyaan dan yang minta pendapat tentang nak berhenti kerja.

Berat juga nak menjawabnya..

Sabar dulu ye..

Kebiasaannya jawapannya bukan semudah Ya atau Tidak.

Jawapan yang sebenar ada pada diri kita..

Macamana tu??

Bisnes itu suatu Seni..

Apa niat kita untuk mulakan bisnes?

Apakah ‘Passion’ serta ‘Big Why’ kita untuk sustain dalam bisnes?

Apa ‘Emotional Drive’ yang dapat ‘maintain’kan bila ada cabaran internal dan external sepanjang dalam bisnes?

Niat kita sebagai seorang Muslim of course kerana Allah..

Then…

Ada orang nak:

– Jadi kaya

– Financial freedom
– Bantu dan beri manfaat kepada orang lain
– Ada kebebasan masa
– Sediakan peluang pekerjaan
– Bebas buat keputusan
– Bina legasi ekonomi ummah
– Wariskan pada keturunan

dan banyak lagi..

Jika WHY kita sekadar untuk diri kita dan famili sahaja..bolehkah kita pergi jauh??

Banyak cabaran akan datang sepanjang perjalanan nanti.. Kalau persiapan belum cukup kuat, mahu terlentang ditengah jalan..

Banyak orang menceritakan yang manis-manis sahaja..kebiasaan yang pahit-pahit disimpan. Mungkin juga tak nak susahkan orang lain…yang nak cerita pun biasanya orang yang dah berjaya..

So, cari usahawan di sekeliling kita yang sudah lama berbisnes..kerana hanya usahawan yang lebih memahami usahawan itu sendiri. Cari ilmu daripada mereka yang dah berjaya. Kita nak bekerja pun, belajar 3-35 tahun di universiti/kolej..Jika nak bisnes agak mustahil kita mulakan tanpa ilmu..

Kalau ada CMN lebih terbaik..

Apa dia CMN tu?

Coaching
Mentoring
Networking

Inilah yang akan lebih mantapkan kita sepanjang perjalanan menuju kejayaan nanti. Ramai sifu dn mentor diluar sana. Boleh belajar dan networking dengan orang di sekelililng mereka terutama yang sama bidang dengan kita.

Dengan itu lebih mudah perjalanan kita nanti dan lepas tu senang nak bantu orang lain pula nanti insyaAllah..

Nikmat berbisnes??

Tidak dinafikan memang banyak. Tapi setiap orang berbeza..Kitalah yang menentukannya 🙂

Boleh sahabat sekelian?

#YakinSebelumBerjaya

Total
0
Shares
Related Posts