Bina Masa Depan Dengan Kerjaya Unggul Bersama MyCEO

Apa Itu MyCEO?

MyCEO atau “Malaysia Children Entrepreneurship Orientation Program‟merupakan satu program pendidikan yang berorientasikan keusahawanan khusus untuk pelajar sekolah.

 

Menyedari betapa pentingnya keusahawanan itu dijadikan satu budaya masyarakat Malaysia di masa akan datang, MyCEO berperanan untuk memupuk kesedaran dan menanamkan minat kanak-kanak di dalam bidang ini sejak dari awal usia lagi.

Ini bagi mengurangkan kebergantungan mereka terhadap pihak kerajaan atau swasta untuk menyediakan peluang pekerjaan apabila mereka tamat pengajian nanti.Sebaliknya kanak-kanak ini bakal mencipta peluang pekerjaan untuk diri sendiri dan masyarakat sekitarnya di suatu hari nanti.

ceo2

 

Mengapa Keusahawanan?

  • Satu bidang yang lengkap dan menyeluruh
  • Latihan kemahiran hidup (life & survival skill) yang sebenar
  • Pelbagai skil penting yang perlu diasah dari awal usia
  • Semua kemahiran yang diajarkan memang relevan dan sangat diperlukan di dalam hidup (bukan hanya untuk menjadi usahawan semata-mata)

Mengapa Kanak-Kanak?

  • Lebih mudah dibentuk dan diajar
  • Belum mempunyai sifat negatif yang keterlaluan (ego, inferiority complex, malu tak bertempat, tamak, dsb)
  • Memastikan bidang ini tertanam di dalam minda luar sedar mereka sehingga ke alam dewasa
  • Pendedahan awal agar keusahawanan menjadi satu budaya masyarakat di masa akan datang.
“Orang-orang Cina hebat berniaga bukanlah kerana mereka memang semulajadi mahir dalam bidang tersebut. Sebaliknya mereka menjadi mahir kerana mereka telah didedahkan dengan dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.”

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad

myceo-cmnge-1

Konsep MyCEO

  • MyCEO adalah berkonsepkan pendidikan secara teori, praktikal serta pendedahan melalui pengalaman sebenar. Ianya terbahagi kepada 3 fasa perlaksanaan iaitu

     business-bootcamp-for-kids-myceo
    • PENDIDIKAN(Teori & Praktikal)

      Program : BootCamp Keusahawanan

      Produk: Kit Bijak Menabung

    • PENGALAMAN

      Program : Karnival Usahawan Cilik

    • PEMBENTUKAN/GROOMING (Latihan & Dorongan Berterusan)

      Program : Bengkel Hujung Minggu

myceo-cmn-group-of-education

Bina Kerjaya Bersama Kami

Disebabkan oleh permintaan yang hangat, kami sedang mencari Pengurus untuk MyCEO yang mempunyai Visi melahirkan Usahawan Cilik yang celik kewangan dan keusahawanan.

Antara tugasan utama:

– Menguruskan modul dan Program-program di bawah MyCEO

– Menguruskan agen produk MyCEO

– Membuat pemasaran dan branding awareness untuk MyCEO

Ada pengalaman berkaitan amat dialu-alukan.

Berminat?

Boleh emailkan resume ke cmnglobal@gmail.com dengan segera.

Yakin Sebelum Berjaya 🙂

p/s: Mohon share untuk manfaat bersama. Terima kasih 🙂

#MyCEO
#CMNGroupOfEducation

Link page: https://www.facebook.com/myceo2015/

Link website: https://www.myceo.com.my

 

Total
0
Shares
Related Posts