Untuk menghasilkan suatu logo yang baik adalah:
1. Logo tersebut menggambarkan syarikat atau bidang yang dijalankan oleh entiti tersebut
Ia bermaksud, first impression logo tersebut dapat menggambarkan serba sedikit bidang tersebut..
Contohnya jika kita dalam bidang pendidikan, logo itu sesuai dengan bidang tersebut..kerana syarikat yang berkaitan travel, foods & beverages, fashion sudah pasti lain konsep logonya.
Bolehkah anda tunjukkan mana satu logo berkaitan travel, food & beverages & fashion..Pasti mudah bukan? 🙂 Pastinya ia adalah hasil dari branding yang bagus.
2. Font yang jelas dan boleh dibaca dari jarak jauh
Font atau gambar yang digunakan mesti mampu dibaca dari jarak jauh dan apabila dicetak pada medium seperti tshirt dan banner yang digantung
3. Ada nama branding atau singkatan kepada branding tersebut
Memang sesetengah logo yang sudah terkenal, ada yang tidak meletakkan lagi nama branding mereka, contohnya Shell. Namun, ia selepas bertahun-tahun berada dalam pasaran dan sudah dikenali ramai.
Sebaik-baiknya nama branding yang kita ingin dikenali itu turut diletakkan pada logo. Namun, ada juga yang menggunakan font terus sebagai logo mereka seperti Air Asia.
4. Hanya 1-3 warna yang digunakan
Logo yang baik tidak menggunakan warna yang terlalu banyak. Owner perlu decide untuk memilih warna tema bagi branding mereka. Dan warna ini akan dibawa dalam sebarang design, percetakan, marketing bagi menggambarkan branding atau syarikat tersebut.
5. Logo yang simple dan tidak terlalu complicated
Logo yang bagus secara amnya mampu dilukis semula oleh sesiapa sahaja kerana simple dan mudah diingati dalam masa kurang 10 saat. Elakkan logo seperti Logo Sekolah. Semua elemen nak dimasukkan 😉 Perlu diketahui bahawa logo branding perniagaan berbeza dengan logo sekolah.
Cuba bandingkan di antara logo ini
dan logo ini
Manakah anda akan ingat dalam masa 10 saat? 😉
Boleh teka jawapannya kan? 🙂
‘Case study’ Rebranding Logo Berkaitan Pendidikan dan Tuisyen
Dalam Proses Rebranding Logo ‘Akademi Minda Excellent’, logo di’finalize’kan dari 3 logo terlebih dahulu oleh Pemiliknya.
Antara elemen yang berubah adalah:
1. Nama branding diletakkan pada logo iaitu Akademi Minda Excellent (AME) supaya audien boleh terus mengetahui nama dan branding AME
2. Logo lebih simple dan memudahkan nama dan logo diingati
3. Warna dikurangkan kepada 3 sahaja berbanding 4 sebelum ini.
4. Logo kelihatan lebih profesional dan mempunyai keunikan tersendiri melalui imej ‘mentol + minda’.
5. Sekali imbas, logo ini kelihatan berkaitan dengan bidang pendidikan iaitu ‘Home Tuition’ serta tagline AME yang lebih menarik dan ‘catchy’ iaitu ‘Change Mind, Change Life’
Jadi selamat men’design’ logo & branding anda 🙂