4 Teknik Untuk Disiplin Dalam Mencapai Matlamat

Menarik input yang dikongsikan Brandon Burchard. Plus ditambahkan disiplin kita sebagai seorang Visi kita sebagai Mukmin Kompeten.

1. Setiap kali selepas bangun tidur dan selepas solat Tahajjud & Subuh bagi Muslim, pentingnya kita ada ’emotionally engage ‘ dengan impian serta matlamat kita. Tanpa ’emotionally engage’ akan menyebabkan impian kita itu akan terasa ‘kosong’. Kita melakukan tugasan, namun tiada ‘roh’ di dalamnya.

Ambil masa seketika untuk ‘visualize’ sambil bahawa kita sudah mencapai impian tersebut dengan memohon pada Allah yang Maha Memakbulkan serta manfaat yang boleh sebarkan dengan lebih luas lagi dengan tercapainya matlamat tersebut.tuisyen sekolah2

2. Fokus untuk siapkan tugasan kita yang paling utama untuk mencapai misi tersebut. Brian Tracy memanggilnya sebagai ‘Eat That Frog First’ sebelum kita respon terhadap dunia internet, social media dan lain-lain. Kerana ia akan mengunakan tenaga dan masa kita. Kecuali ia memang memerlukan kita mengunakan dengan syarat tetapkan masa dan bukan sekadar browsing tanpa halatuju.

3. ‘Block time’ dengan menentukan tugasan-tugasan tertentu pada masa tertentu. Pada masa ini juga disconnect pada perkara-perkara lain yang boleh menganggu tugasan kita.

4. Reward diri kita selepas berjaya menyiapkan misi atau tugasan tersebut dengan perkara yang kita suka. Mungkin dengan makan sesuatu yang kita suka atau keluar ke mana-mana yang kita suka pergi atau baca buku yang kita suka. Ia boleh jadi sekecil-kecil atau sebesar-besar reward bergantung pada keadaan.

Saya doakan impian dan matalamat tuan dan cik puan yang baik-baik itu akan dimakbulkan Allah. AMeen

‘Yakin Sebelum Berjaya’

Total
9
Shares
Related Posts