Kini ImPROve Professional Centre (IPC) yang merupakan salah satu institusi CMN Group of Education lebih mengorak langkah kedepan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan intelektual, spritual & emotional kepada pelajar di seluruh Malaysia melalui program2 yang direka khas termasuk Tuisyen di sekolah-sekolah untuk membantu pelajar-pelajar belajar dengan lebih seronok dan dengan Formula ImPROVE.
Alhamdulillah apabila dikemukakan cadangan perlaksanaan program School Tuition ImPROve (STI) di sekolah-sekolah yang sudah pun kami lawati, masya-Allah majoriti kaunselor, Guru Penolong Kanan Akademik, termasuklah Pengetua suka, teruja dan sangat-sangat memerlukan program yang kami rangkakan ini.
Sampaikan sewaktu berbincang pertama kali Pengetua panggil Ketua Panitia mereka untuk bincang secara serius waktu itu juga. Subhanallah. Ada yang kata, terima kasih kerana datang dan mengusulkan cadangan ini. Kami mencari-cari program sebegini.
Apapun maaf buat mana-mana sekolah yang kehadiran kami ini lewat barangkali. Tetapi harapan untuk pelajar itu masih ada, insyaAllah 🙂
Antara sekolah yang menjadi Projek ‘School Tuition ImPROve’ adalah SAM Sg Merab.
Sebelum itu sebuah Program ‘Oh My Schedule!’ telah di atur khas untuk mereka untuk membantu mereka menguruskan jadual, berkongsi teknik pembelajaran dan tips Pelajar Terbaik.
Alhamdulillah, program tersebut telah mendapat feedback yang positif dari pelajar dan sekolah
Kemudian tuisyen akademik yang dilaksanakan di sekolah dalam kumpulan yang kecil dan senang dipantau oleh School Tutor ImPROve.
School Tuition ImPROve dilaksanakan secara ‘small group class’ supaya pelajar lebh fokus dan tutor mudah memantau secara ‘personal’.
Alhamdulillah, setakat ini para pelajar dapat mengikuti dengan baik School Tuition ImPROVe ini dan kami sentiasa memantau kualiti pembelajaran dari semasa ke semasa.
Terima kasih kepada pihak sekolah yang mempercayai kami.
Ingin menjadi School Tutor ImPROve sejati?
Ikuti maklumat dalam poster ini.
“From ImPROve to PRO”
Insyirah Md Yusuf
Manager ‘ImPROve Professional Centre’ (IPC)