Temuduga dan ‘Coaching’ Tutor-Tutor Tuisyen dan Al-Quran

Setiap orang mempunyai kelebihan yang sendiri untuk mengajar. Kita memang dikurniakan dengan kemampuan untuk mengajar semenjak kecil. Cuma caranya berbeza. Ada yang suka secara formal, ada juga yang suka secara tidak formal. Apa yang penting, 🙂 untuk menjadi tutor yang disayangi pelajar, anda mestilah kreatif dan memahami keperluan mereka. Mulakan dengan niat yang betul 🙂

Kerjaya sebagai seorang tutor tuisyen dan Al-Quran adalah merupakan suatu profesion yang mulia dan bernilai di sisi Islam dan masyarakat. Ia adalah satu perasaan yang hebat apabila kita dapat membantu serta memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah s.a.w bersabda:

 “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.”

Walaupun seoarng tutor bukanlah berkerjaya secara tetap sebagai seorang pendidik mahupun pensyarah, ia adalah suatu pengalaman yang hebat apabila kita dapat membantu para pelajar cemerlang dalam akademik, agama dan sahsiah.

4 Ciri Tutor yang Mantap dan Disayangi oleh Pelajar

1. Komunikasi ‘Sehati Sejiwa’

Bagi saya, komunikasi yang berkesan sebenarnya adalah kunci kepada kejayaan. Mengekalkan komunikasi yang terbuka dan sihat dengan pelajar-pelajar dan ibu bapa sebenarnya akan mengelakkan sebarang perkara yang dapat ‘merencatkan’ pembelajaran mereka. Tutor bukan sahaja membantu pelajar memahami subjek akademik mahupun mengajar Al-Quran, tetapi juga bertanggungjawab dalam membantu kanak-kanak memupuk sahsiah yang baik. Dengan komunikasi yang betul, tutor juga akan dapat membantu mereka berhadapan dengan tekanan yang dihadapi oleh mereka.

Komunikasi yang berkesan juga akan melibatkan komunikasi dengan ibu bapa pelajar. Dengan cara ini, ibu bapa juga akan turut memahami situasi anak-anak mereka.

tutor tuisyen alquran2, Infitah

2. Mewujudkan Persekitaran yang Menarik dan Tertarik

Usah menunggu pelajar atau ibu bapa untuk menghubungi kita. Jadilah orang pertama untuk menghubungi mereka untuk bertanya atau memberitahu tentang perkembangan anak mereka. Pastikan bahawa kita akan mengumpul maklumat yang cukup dari mereka supaya dapat bersedia dengan teknik yang sesuai bagi setiap pelajar tersebut. Sentiasa ingat bahawa setiap pelajar belajar dan menerima dengan cara yang berbeza. Gunakan kaedah pujian dan ‘reward’ untuk meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran.

tutor tuisyen alquran2, Infitah

3. Kaedah Pengajaran yang Unik

Terdapat beberapa kaedah yang boleh menerangkan konsep dan idea-idea yang lebih baik dan jelas. Ingatlah bahawa dalam sesi tunjuk ajar kita tidak mengulangi atau bersyarah tentang pelajaran yang telah diajar di dalam kelas biasa. Kecuali jika mereka perlukan lebih penjelasan. Sebagai seorang tutor, kita perlu mengenalpasti masalah mereka serta membantu mereka mengatasinya dengan sebaik mungkin. Gunakan cara yang mudah, berkesan dan ‘enjoy’ untuk membantu mereka memahami pembelajaran tersebut.

tutor tuisyen alquran2, Infitah

4. Persediaan yang Mantap!

Walaupun tuisyen atau belajar Al-Quran adalah pendidikan tambahan, tutor masih perlu  membuat sebarang persediaan sebelum setiap sesi. Setiap pelajar ini akan mempunyai tahap yang berbeza dan pada masa yang sama akan bertambah baik pada kadar yang berbeza. Kita perlu bersedia supaya dapat menyesuaikan diri terhadap peningkatan mereka.

Selain itu, sebagai seorang tutor, kita perlu sentiasa bersedia menjadi tutor yang terbaik dengan  pembelajaran interaktif dan menarik. Aktiviti interaktif dan menarik adalah perkara-perkara yang disukai oleh para pelajar terutamanya Pelajar Kinestetik. Gunakan alat bantuan pembelajaran seperti laptop, video, carta, gambar, kuiz atau lain-lain yang dapat merangsang deria mereka untuk bertindak dengan lebih cekap.

tutor tuisyen alquran2, Infitah, home tuition, quranic home based

‘Inspirasi Kejayaan Dari Hati’

Maklumat lanjut dan pertanyaan:

Link:

Infitah Home Tuition

Infitah Quranic Home Based

Total
0
Shares
Related Posts