Tadabbur Alam
Alhamdulillah dapat pengalaman baru rehlah serta berpeluang memancing di laut.
Tidak dapat dinafikan memang agak excited sebenarnya terutamanya bila dapat ikan. Maklumlah, amatur.. 😉
Memang banyak dapat ikan menggunakan umpan sotong. Kebanyakan adalah bersaiz kecil.
Bila dapat ikan bersaiz kecil, pemandu bot yang membawa kami akan melepaskan semula ikan tersebut ke dalam laut. Termasuk ikan yang jarang dimakan seperti ‘dog fish’. Ikan ini apabila ditangkap memang agak liar dan ganas serta mengeluarkan bunyi.
Walaupun agak kecewa pada mulanya tetapi bila difikirkan kembali betapa teguhnya prinsip mereka dalam menjaga kelestarian hidupan lain.
Hanya ikan bersaiz besar sahaja dibawa pulang.
Kerana pada akhirnya manusia itu hanyalah sebahagian daripada makhluk-makhluk lain di muka bumi ini serta ditugaskan sebagai khalifah yang bertujuan membawa rahmat ke seluruh alam.
Antara pengalaman menarik adalah dapat memancing 2 ekor ikan sekaligus dengan 1 mata kail 🙂
Alhamdulillah, syukur atas nikmat ukhuwah dan tadabbur alam yang tersemat di memori.