Perbincangan dengan Bro Shezad dari Ummah Welfare Trust yang berpengalaman menghantar bantuan ke Palestin, Syria hari ini membuahkan hasil bukan sahaja untuk Program Ummah Week yang bakal diadakan nanti, tetapi turut membuahkan iman & keinsafan terhadap apa yang berlaku di Syria.
Polisi mereka ialah 100% kutipan akan diberikan kepada yang memerlukan. Bagaimana mereka menjana kewangan untuk pengurusan? Ia adalah melalui hasil jualan barangan yang didermakan serta tabung khas pengurusan. Kebiasaanya lebihan daripada pengurusan juga akan dimasukkan ke dalam tabung derma.
Kalau boleh memang tidak sanggup dengar kisah mereka makan rumput. Kisah ngeri seperti mati disebabkan kesejukan, dibom, diseksa oleh regim Basyhar dengan cara yang tidak terfikir oleh akal manusia normal.
Namun itulah realiti yang berlaku. Benarlah seperti kata Faizal Tahir, apabila memikirkan nasib mereka, sebenarnya masalah kita terasa kecil.
Sebenarnya bukan mereka diuji, tetapi kitalah sebenarnya sedang diuji oleh Allah untuk menghulurkan doa dan bantuan.
Kenang mereka dalam doa dan hulurkan bantuan seadanya nescaya hidup ini lebih dijalani dengan penuh kesyukuran & kebahagiaan.
#UmmahWeek2016
#IkramUKE
#IsraaFoundation
#ICare
#ummahWelfareTrust
#Ikram4Syria
#MasocUOB
#MSABCU
#MSAWarwick
#MCiB
#MAPIM