Sembang Santai ‘Student-centered vs Syllabus-centered Learning’
=========
Mengapakah dalam sistem pendidikan di sekolah dan universiti, kita menilai pelajar mengikut umur atau tahun, bukan mengikut kemampuan mereka?
Contohnya, jika pelajar tersebut boleh belajar dengan pantas dan dapat menguasai sesuatu ilmu dengan lebih cepat, dia boleh ke level seterusnya tanpa mengikut jangka masa yang telah ditetapkan seperti sekarang.
Pada zaman sekarang, banyak ilmu yang ada di IPT contohnya boleh di’compress’ kan mengikut keperluan terkini. Bukan bermaksud kita ingin melahirkan pelajar yang ‘mee segera’, tapi lebih ke arah menilai pelajar mengikut kemampuan mereka dan memberikan mereka apa yang layak untuk mereka.
Jika ada pelajar yang dirasakan ‘ketinggalan’, mungkinkah minat, kemahiran, ‘passion’ mereka dalam bidang lain atau ada kekurangan dalam aspek-aspek tertentu?
Apa pula pendapat tuan dan cik puan yang bijaksana? 🙂