Pertandingan Video Sains Kreatif ‘Breakthrough Junior Challenge’

Jika anda mempunyai anak mahupun pelajar yang berumur di antara 13-18 tahun dan meminati bidang life sciences, physics, mathematics anda boleh menggalakan mereka untuk menyertai Pertandingan Video Kreatif ‘Breakthrough Junior Challenge’ yang mengumpulkan peserta dari seluruh dunia.

Antara penyumbang dan penyokong ‘Breakthrough Prize’ adalah Chan Zuckerberg Foundation di mana Foundernya adalah Mark Zuckerberg (Facebook) dan isteri beliau, Priscilla Chan.

Bagaimana menghasilkan video tersebut?

Video-video finalist pertandingan tahun lepas juga sangat menarik dan mengujakan. Mereka sangat kreatif!

Ini adalah pemenang Breakthrough Junior Challenge 2016 dari negara Asia iaitu Singapore. Idea dan penjelasan beliau sangat superb dan melangkaui silibus pembelajaran.

 

Video finalist lain boleh di lihat di sini.

 

Apakah hadiah bagi pemenang?

  • $250,000College Scholarship
  • $100,000Breakthrough Prize Lab for your school
  • $50,000Teacher Inspiration Prize

 

Bagi saya pertandingan ini sangat bagus untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang Sains secara kreatif & inovatif serta membolehkan mereka berkongsi dan menyampaikan idea mereka kepada dunia.

Ia seiring dengan pendidikan Malaysia yang inginkan pelajar berfikir secara aras tinggi atau KBAT dan Science Technology, Engineering & Maths (STEM).

Yang penting adalah mereka berkongsi idea kepada orang luar, jika menang itu adalah bonus 🙂

Info lanjut boleh di lihat DI SINI.

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

5 Tip Belajar Sains & Matematik Dengan Lebih Mudah, Seronok & Berimpak Di Rumah!

5 TIP BELAJAR SAINS & MATEMATIK DENGAN LEBIH MUDAH, SERONOK & BERIMPAK DI RUMAH! . .  #1: Tumpukan…