Pernah ‘Direject’ Pusat Tuisyen, Namun Bangkit Sebagai Tutorpreneur

“Ya Allah, kurniakan aku kerjaya yang dapat memberikan aku pahala yang berterusan seperti mengalirnya air zam zam yang mengalir tanpa henti walaupun nanti aku dah tiada di dunia.”

Doa 10 tahun lepas.

Pernah direject oleh 10 buah Pusat Tuisyen namun tak pernah mematahkan semangat beliau sehinggalah beliau dapat job tuisyen.

Rasa macam kena je dengan jiwa walaupun dah jadi Akauntau masa tu.

Tercari-cari solusi untuk upgrade ilmu dan skill sebagai Tutor.

Kemudian beliaun pernah dengar tentang Simposium Tutor Profesional Malaysia 2015 sewaktu ‘Google’, tapi belum ada kekuatan untuk join pada masa tu.

4 tahun kemudian, diajak untuk penuhkan kuota untuk join Simposium Tutor Profesional Malaysia #STPM2019 dan kemudian bersambung ke Legend Bluerprint Mentorship (LBM2020).

Masa tu Cikgu Akin mengajar banyak subjek dan beliau pun tak berapa nak pasti nak buat Modul apa. Boleh ke macam tu? 😉

Tapi slowly, diam ubi berisi Modul Akaun diusahakan untuk disiapkan namun masih tidak percaya diri.

Namun sebenarnya Modul beliau memang ada daya tarikan tersendiri.

Masa nak bina Team Funtastic semasa awal-awal pandemik melanda, nama beliau terlintas.

Namun ketika itu pun beliau masih belum begitu menonjol, sehinggalah feedback yang diterima dari pelajar beliau amat memberangsangkan.

Modul beliau pun sebenarnya bukan hanya sesuai untuk pelajar SPM, tapi sesuai juga digunakan untuk usahawan yang zero akaun.

Belajar gaya visual dan aktiviti ini memang boleh mengikut keperluan orang yang tak minat dengan akaun.

Sehinggalah jadual beliau penuh, dan terpaksa ada permintaan pelajar terpaksa ditolak dengan baik akhirnya beliau memikirkan untuk ke level pengurusan.

Dan selepas berbulan berfikir, memohon petunjuk akhirnya beliau mengambil keputusan untuk bersama CMN Academy as Program The Founder (Tutorpreneur) menguruskan Tutor dan Klien di bawah CMN Academy Petaling Jaya.

Walaupun sebenarnya beliau ni berpengalaman sebagai Akauntan dan mempunyai beberapa bisnes.

Next pula katanya nak bantu lebih ramai pelajar Akaun dengan gaya beliau yang tersendiri dengan Membership Module.

Modul yang jarang-jarang dikongsikan kerana memerlukan effort yang lebih namun mempunyai potensi yang besar.

Namun saya yakin yang Cikgu Akin mampu untuk melangkah jauh dengan Modul Funtastic Akaun (Membership Version) dengan gaya Visual dan Real-life activities dengan pengalaman beliau sebagai Akauntan.

Perkongsian Cikgu Akin sendiri..

Nak share something ni. Tentang Anjakan Paradigma dlm life seketul Akin ni, rasanya dekat setahun juga bersama dengan CMN ni kan..

Tarikh keramat sebagai team Funtastic 5 April 2020. Alhamdulillah.

Seingat saya, pertemuan maya dgn CMN memang since 5, 6 tahun lepas.. Itupun lepas kena reject dengan 10 centre dulu.

Biasalah, manusia ni masa susah lah baru nak cari bantuan kan? Adeh.. Tapi, masa tu belum ada kekuatan dan kurang confident sebab belum nampak future dalam tutoring.

Nak Tarik Diri!

Pertemuan ketika STPM2019 lah yg buat terlekat sebagai team Funtastic. Awalnya, ada rasa nak tarik diri sebab tak mampu coop, tapi memang sejenis rasa macam kalau ada benda tak kena barulah cari orang untuk influence diri supaya jangan berhenti 🤣

Masatu insof, cuba cari jalan overcome isu ni. Benda baru memanglah susah nak adapt. Kena cuba! Masatu memang selalu kena brainwash tentang MINDSET.

Masa ni tahu 1 benda keramat. WE ARE WHAT WE THINK! :innocent:

Sebenarnya banyak nak highlight ni cuma takut tak cukup page kan.. So sy cuba highlight part penting2 yg bg sy ini perubahan yg sy tak sangkakan. Inshaa Allah.

Tutoring ni Passion Ke?

> Bab tutoring, mula dalam bidang pendidikan tahun 2015 tp niat nak buat side income dan cuba2 bina passion mendidik bila dapat respons positif dr client. Masa 2019, tahun perubahan drastik, berhenti kerja – pindah keluar rumah parent – sewa rumah sendiri (Acah berdikari sangat) – beli kereta secondhand utk transportation. Masa ni dah start fikir acanee nak tambah income sebab paksa diri untuk ada komitmen kan haha.

> Income masa ni pun around RM2k dan paling tinggi boleh cecah RM4.5k je. Itupun honestly mmg separuh nyawa, ada hari mengajar dari 9 pagi sampai 11,30mlm. Masani memang work hard sangat :sweat_smile: Bujang kan.. Sampai masa terfikir, “Sampai bila eh boleh bertahan…?”



> By end of 2019, join STPM. Masa ni seriously ikut2 orang tp nawaitu untuk buat perubahan serious talk, memang ada, cuma tak pasti nak mula macamana.. And the best part is, berkat ikut2 ikut orang tulah, yang buat ada dalam circle team Funtastic dan mula rajin seek for elmu. Habit baik yg CMN terapkan.. Alhamdulillah.

> Berada dlm circle team Funtastic, jujur dari hati memang ubah 360 darjah, dari segi mindsetting of course..

I don’t read. Now i read.
I don’t think my subject is something, But, now it’s ‘something’.
I teach traditionally, Now i teach ‘something i don’t even think about that previously’.
Yesterday, I ‘use’ them. Today, I try to ‘create’ them.


Mungkin rezeki untuk sampai sesuatu ilmu tu lambat sikit, dapatan ilmu pun mungkin lambat sedikit tapi rezeki Allah buat kita tak pernah salah alamat.

Duit bukan segalanya, tapi segalanya perlu duit!

> Segan nak cakap pasal income sebenarnya :sweat_smile: Tapi, tak apalah sekadar berkongsi how I feel previously supaya dapat jadi pencetus semangat untuk diri sendiri buat lebih baik di masa depan. InshaaAllah.

> Makan gaji, RM2 200. Paling tinggi. Overtime, kadang2 balik lewat, orang kerja akaun dia tahu benda ni. Komitmen RM1 500 masa tu tak lari.. Ni paling tinggi, tapi okaylah ada balance utk saving. Cuma still tak cukup sebab komitmen bulanan makin tinggi.

> Tapi, percaya atau tidak tahun 2020 sekali lagi anjakan paradigma berlaku. Jadi fulltime online tutor dan melangkah bersama team CMN, alhamdulillah income rasanya pernah mencecah RM6.6k dan yang latest RM7.5k masa akhir bulan feb 2021.. Masa ni memang fokus nak tambah income sungguh2.. At one point, fikir 1 kali lagi. “Sampai bila..?”

Perubahan tu tak mudah. Tapi, bila fikir setiap yang datang pasti ada solusi. Dia akan bantu inshaa Allah..
Tahun Keramat paling diingat

> 2015 – 2018
[Fulltime kerja, part time belajar, mengajar dan berniaga]
> 2019 [Full time tutor, Tuition tutor 5 centre]
> 2020 [Full time Online Tutor, online tutor 3 center, azam sebagai speaker juga dimakbulkan Allah SWT melalui guide CMN. Bukan 1 tapi 3 kali. Buat seminar SPM2020 untuk subjek Prinsip Akaun. Alhamdulillah]
> 2021 [Inshaa Allah, satu langkah lagi ke hadapan melunaskan azam 2020. Menjadi tutorpreneur, inshaaAllah dalam perjalanan]

Bagi sy CMN, banyak guide saya dari thinking pattern sebenarnya.

Benda tak tahu, boleh belajar. Benda tak pernah buat, boleh cuba. Benda dah tahu boleh expertkan. Yang boleh lead kepada decision-decision lain yg saya buat.

So, sy appreciate sangat-sangat peluang masa STPM2019 walaupun masa tu ikut2 orang tp sy cuba usaha buat yg terbaik dengan guide CMN dan team.

To be honest Terimakasih sebab menjadi salah satu push factor yg buat saya ‘paksa’ dalam ‘terpaksa’ dan buat ‘terpaksa’ jadi rela. Biasalah kadang benda baik ni mmg kena paksa dulu, baru jadi. Tak paksa memang tak jadi :blush:

Banyak benda saya belajar dari CMN. Dari sekecil benda tentang peluang bagi idea, hingga sebesar benda tentang menjadi leader, sudi dikongsikan. I appreciate that coach and terima kasih bg sy peluang belajar benda baru and i’ll try my best inshaa Allah :blush:

Semoga doa Cikgu Akin 10 tahun lepas akan menjadi kenyataan dengan izin Allah.

Mohon bersama kita doakan supaya doa yang baik akan kembali kepada kita semula inshaAllah.

Ingin di bantu untuk upgrade knowledge dan ‘tutoring & training level’ anda? Klik Nak Upgrade Tutoring & Training.

Total
4
Shares
Related Posts