Perjuangan Pendidikan Percuma Di Sarawak

Ini adalah perbincangan saya bersama Puan Nur Asy Syuura, PengasasPondok Tuisyen Komuniti Percuma di Sarawak.

Assalam. Saya Asyura, pemilik Pondok Tuisyen Komuinti Percuma.

Mohon maaf di atas kelewatan membalas pertanyaan-pertanyaan saudara. Rangkaian internet di kawasan pedalaman ini agak kurang memuaskan

Menjawab pertanyaan saudara:

Pondok Tuisyen Komuniti Percuma ini bukanlah sekadar sebuah tempat untuk memberi kelas bimbingan pelajaran kepada anak-anak. Di sini saya juga mengadakan kelas khas mengajar anak-anak dan golongan muda yg keciciran dan pelajaran. Malah sya turut mengajar golongan dewasa yg buta huruf.

Selain itu saya turut mengadakan kelas bimbingan KAFA kepada golongan mualaf.

Saya juga menyediakan khidmat kaunseling kepada anggota masyarakat yg memerlukan.

Golongan sasaran program & usaha saya adalah golongan fakir miskin, anak-anak yatim, anak-anak ibu tunggal dan mualaf.

Semuanya…Percuma.

Saya tidak mengenakan sebarang caj.

Bagaimana kami nak menguruskan maintenance & expenses?

Dahulu, ketika di kpg asal saya di daerah Balingian. Saya dan bapak mengutip besi, tin dan menjual sayuran bagi menampung kos yg ada. Selain itu bergantung dengan sebahagian dari gaji suami yg bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Pada mulanya kebanyakkan buku-buku yang kami gunakan, kami kutip dari tong-tong sampah, buku-buku sekolah lama saudara mara dan dari tapak pelupusan sampah.

Malah saya dan bapa mengutip apa saja alat bantu mengajar yg masih boleh di gunakan dari tapak pelupusan sampah.

Hanya, kemudiannya kami mula mendapat sokongan dari luar yg mula mengirim buku-buku dan alatulis utk ank-ank di pondok tuisyen.

Terlupa pula.
Pondok tuisyen ini kami bina di atas tapak tanah sendiri.
Sebelum ini, kami beroperasi di daerah Balingian. Tetapi….oleh kerana tidak mendapat sokongan dari ketua-ketua masyarakat dan campur tangan org politik, kami terpaksa berpindah ke Mukah. Juga di bahagian pedalaman. Kpg suami.

Hasil dari pertolongan dan bantuan shbt-shbt di Mukah ini, kami telah berjaya membina sebuah lagi pondok tuisyen di mukah ini.

Saya berharap suatu masa nanti saya dpt kembali semula menguruskan Pondok Tuisyen saya di Balingian. Kerana di sana adalah sasaran sebenar saya.

Lebih 80% anak-anak muda di sana tidak dpt menghabiskan pelajaran walau hingga ke peringkat menengah sekalipun.

Buat masa sekarang fokus dahulu untuk meneruskan pondok tuisyen di Mukah dahulu sebelum kembali semula ke Balingian.

Tenaga pengajarnya…saya seorang.

Sukarelawan yg ada, (terdiri dari rakan2 pensyarah & guru2)..hanya datang sekali sekala

Di Mukah ni baru 25 orang yg mendaftar. In Shaa Allah Januari 2016 saya akan mulakan kelas.

Di Balingian ada 55 orang.

pondok tuisyen komuniti percuma sarawak

Ya saya full time. Sebab surirumah & dah tak bekerja.

Puan Nur Asy Syuura
Pengasas Pondok Tuisyen Komuniti Percuma

===============

Kami berasa terpanggil untuk membantu mereka. InsyaAllah kami akan melancarkan Tabung Dana di Simposium Tutor Profesional Malaysia – STPM bagi membantu mereka mendapat pendidikan yang lebih baik kerana itu merupakan salah satu misi kami iaitu memberikan pendidikan percuma terutama kepada yang kurang berkemampuan.

Untuk sumbangan secara terus boleh hubungi Puan Nur Asy Syuura:

01119845003 – Whatsapp
010-339 3885 – Panggilan

atau boleh hubungi kami sendiri.

p/s: mohon sebar-sebarkan untuk manfaat bersama demi pendidikan yang lebih baik untuk mereka.

Total
0
Shares
Related Posts