Pemidato Mahir. Nikmat Daripada Allah

pidato, pengucapan awam, pidato perdana, kelab pidato perdana

Alhamdulillah, setelah mengikuti latihan dalam bidang pidati dengan tunjuk ajar dari Kelab Pidato Perdana (cawangan Putrajaya), saya telah pelajari banyak aspek dalam bidang pengucapan awam dengan gaya pidato. Ia agak berlainan sedikit dengan gaya ‘training’ dan ‘coaching’. Dengan mempelajari pelbagai teknik pengucapan awam ini dapat membantu saya untuk menggunakannya mengikut situasi yaing diperlukan. Apa yang paling penting kebanyakan dari yang hadir ke sini bertujuan untuk meyakinkan diri untuk bercakap di hadapan orang ramai.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, hatta orang yang sudah biasa bercakap dihadapan orang ramai turut menghadapi masalah gugup dan gementar. Itu memang biasa. Namun, apa yang paling penting adalah bagaimana ingin mengurangkan atau mengawalnya. Atau orang biasa cakap ‘control macho’. Insyallah, dengan mempelajari kemahiran ini dapat membantu kita untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Rasulullah bersabda ‘Sampaikanlah dariku walau satu ayat’. Siapa berminat untuk join kelab ini boleh hubungi saya. Kita sama-sama menambah ilmu dan kemahiran untuk membantu orang lain 🙂

 

pidato, pengucapan awam, pidato perdana, kelab pidato perdana

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang kamu ingin dustakan? (Ar-Rahman:  13)

 

 

Total
0
Shares
Related Posts