Kisah Kejayaan Warga Bangla Dalam Bisnes

Apabila potong rumput sendiri ni baru rasa sebenarnya tak delah susah sangat kerja ni…

Patutlah bila ditanya Bangla yang potong rumput kami dulu, gajinya melebihi orang Malaysia yang dah kerja profesional selama 5 tahun.

Yang bestnya dia bagitahu siap dapat kad pengenalan Malaysia lagi (kantoi) 😉

warga bangla di malaysia

Buat graduan atau sesiapa yang dah lama menganggur tu…apa lagi yang kita tunggu?

Saya faham, mungkin kerja seperti ni leceh, kena tahan panas, plus tak glamer pula tu..

Kalau orang kampung atau bakal mertua dengar, tak sedap pula kan…

Kalau nak dengar dan ikut semua cakap orang memang kita tak ke mana perginya…

Senang je.. Kalau orang tanya kerja apa, bagitahulah ‘Garden Specialist’ ke..atau ‘Field Landscape Gardener’ ke atau apa-apa jelah yang nampak best 😉

Then, lepas dah ada pengalaman dan ilmu bisnes yang betul, boleh hire part time pekerja..lepas tu dah stabil baru ambil full time bekerja..

Jangan pendang lekeh, ada mamat yang pernah potong rumput dulu sekarang ni dah dapat projek-projek besar pula..dah jadi bos la pula sekarang..

Dengar cerita kat Lowyat dan KL pun mereka dah ada bisnes sendiri. Mula-mula jadi kuli je, lama-lama dengan pengalaman dan usaha yang gigih, mereka jadi bos pula.

Memang kebanyakan cerita-cerita yang kita dengar, warga Bangladesh ni rajin dan sanggup buat apa sahaja. Padahal ada di kalangan mereka graduan universiti. Tetapi memandangkan peluang pekerjaan di negara mereka yang terhad, mereka terpaksa berhijrah ke negara lain termasuk ke Malaysia.

Ada seorang pakcik yang saya kenal di Seremban, seorang kontraktor buat rumah ‘customized’ pernah cerita bahawa dia pernah dapat projek buat rumah dan perlukan modal lebih kurang RM20k untuk beli barang. Tapi dia tak ada modal banyak tu. Apa yang dia buat adalah dengan partner dengan seorang lelaki Bangladesh yang ada modal banyak tu..Wow! terpegun saya dengar kisah tu. Sampai macam tu sekali kita memerlukan bantuan mereka 😉

Pengalaman saya dulu apabila berjumpa dengan ramai warga Bangladesh di Spain & Italy. Kebanyakan mereka menegur kami dengan ramah..

“Assalamualaikum..Apa khabar?”

Rupa-rupanya mereka pernah bekerja di Malaysia suatu ketika dahulu seperti kerja kilang dan pelbagai lagi pekerjaan lain.

Sekarang dah ada bisnes di sini terutamanya tempat-tempat tumpuan pelancong. Hebat!

“For you Malaysian Muslim, I give special discount.” dengan gaya percakapan mereka yang sudah sedia maklum 😉

Di UK pula mereka juga ada yang berbisnes. Ada supermarket dan restoran. Di samping itu komuniti mereka juga ada membuat masjid. Mereka sangat baik dan selalu offer makanan terutamanya ketika Ramadan.

masjid jalalabad

My respect goes to you my brother 🙂

I learn something from them..

The road to success comes with patience, consistency & delayed gratification.

Thanks for remind me 🙂

p/s: Bagi yang nak tahu lebih lanjut tentang ‘delayed gratification’ boleh klik DI SINI

Total
0
Shares
Related Posts
Read More

Buku ‘Fenomena Home Tutor Beyond Expectation’ Sold Out!

Alhamdulillah syukur apabila dapat tahu buku ni dapat memberi manfaat kepada orang di sekeliling termasuk jadi bahan rujukan…