MENGAPA PERLU BERMENTOR DALAM BISNES?
Lao Tzu, seorang ahli falsafah China mengatakan,
“Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.”
Sebagai orang muda dengan adrenalin berganda, dengan 1001 booster mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, walau kobaran semangat itu menyala setinggi langit sekalipun, ia tetap perlu dimulakan dengan langkah pertama.
Kebiasaannya orang menyebut, langkah pertama bagi memulakan sesuatu kerja adalah dengan mendapatkan pengalaman. Kendatipun, pengalaman tanpa panduan, bakal melambatkan proses kejayaan. Bisa jadi juga membantutkan.
Sebelum melangkah buat kali pertama, kita perlu berguru dan mendapatkan panduan daripada orang yang sudah punya pengalaman terlebih dahulu. Ya, kita perlu bermentor terlebih dahulu!
Salah satu soalan yang kerap ditanya,
“Okay tak bermentor dengan CMN?”
(Saya directkan, bermentor dengan CMN, kerana ini merupakan matlamat utama posting ini)
Serius, jenuh juga nak menjawab. Selepas seorang, seorang datang bertanya. Punya panjang nak ‘menggoreng’. Akhirnya, skrip pun dah automatik hadam dan melekat dalam minda.
Saya memilih untuk menaip panjang lebar, agar jika ada yang memerlukan jawapan dan evidens, maka suakan sahaja sesi contengan ini. Saya menulis berdasarkan pengalaman. Tiada yang salah, melainkan yang benar-benar dialami sahaja.
Genius Atfal dimulakan tanpa mentor. Hanya berbekalkan konsep dan kuasa “Redah Sampai Jadi” semata. Kuasa redah, adakalanya menjadi tanpa susah payah, adakalanya bisa mengalirkan air mata tanpa henti.
Redah, tak mudah. Tapi jika hati kering, semua boleh jalan. Cuma perlu sabar dan nekad dengan sesungguhnya, melalui jalan panjang yang tidak tahu bagaimana dan di mana penghujungnya.
Okay baik. Berbalik kepada topic asal. Al kisah yang menjadi asbab GA mencari mentor.
Jika ditanya, sebenarnya perjalanan menaraju GA tidaklah sebegitu sukar. Sungguh, dengan campur tangan Dia Yang Maha Berkehendak, maka banyak langkah dan redahan menjadi mudah. Namun, sesungguhnya, perjalanan yang tidak sebegitu sukarlah sebenarnya menjadi titik tolak kami mencari mentor.
Dalam keselesaan, satu demi satu rasa singgah dan merapat, sehingga akhirnya menimbulkan rasa bimbang-risau-galau yang berganti. Ibarat marathon, baton demi baton di pass, tapi tak kunjung sudah ke garisan penamat.
Sehinggalah, Allah menjawab doa kami yang super panjang. 10 Jun, ditemukan dengan Tuan Coach Mohd Noor. Pada waktu itu, saya sedang galau. Tunggakan yuran GA mencapai lima angka, RM10800. Saya tak akan lupa angka itu. Asbab terlalu selesa, Allah uji. Waktu tu juga tertanya-tanya formula, bagaimana mahu membuatkan klien menjelaskan tunggakan tanpa banyak songeh? Kendatipun, pada waktu tu masih selesa. Simpanan masih ada, walaupun dah menipis.
Berikut merupakan feedback saya, usai diskusi berdurasi 2 jam lamanya. Barokah Ramadan sangat. Hehe.
12 Julai, selepas hampir sebulan saya membuat keputusan untuk berJV bersama pihak CMN. Kenapa ampai sebulan? Saya kira, jawapannya ada dalam majority jiwa yang baru bertatih seperti saya. Bab kepercayaan, modal menjadi asbab mengapa dilengah-lengahkan. Selain faktor terlalu selektif! (Bab ni tepuk pipi sendiri)
Kemudian, lapan hari saya meneliti setiap video STM, Satu demi satu, khusyuk sampai suara sang penyampai video terngiang-ngiang di telinga. Waktu tidur pun dihantui. Scary,kan? Hehe.
Timbul satu rasa dalam jiwa, Alahai, kenapa la ambil masa lama untuk sertai CMN? Sebulan berlalu sia-sia. Tapi tak mengapalah. Setidak-tidaknya, saya belajar untuk bertanya dan merujuk DIA Yang Maha Tahu terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan.
Testimoni demi testimoni, kalian boleh baca pada gambar yang dilampirkan di bawah. Ini kisah perjalanan saya bersama CMN. Kisah kita, pasti berbeza, kan.
BONUS, testimoni daripada Manager GA pun hadoo! Maka, saya tak syok sendiri lah kan? Hehe…
Okay, itu kisah tahun lepas tau.
Tahun ni, macam mana?
Alhamdulillah, bulan pertama 2017, peningkatan angka positif dan mendadak. Berkat doa, bimbingan serta tunjuk ajar, angka perolehan kami meningkat 218%.
Berapa jumlah sebenar kepada kenaikan 218%? Biarlah hanya kami yang tahu.
Yang kalian wajib tahu, ini kali pertama kami berjaya mencapai angka ini.
Sujud syukur.
Nangis!
Sungguh, kami di GA terduduk saat analisa dibentangkan oleh department demi department. Hasil post-mortem, kami akui, selain campur tangan Allah Yang Maha Memberi, ianya hasil bimbingan berterusan daripada pihak mentor, khususnya CMN.
Februari 2017,
Kami masih mencabar diri untuk terus melalukan yang terbaik dan luar dari kebiasaan. Selain Allah yang menjadi sumber bicara serta rujukan utama, pastilah mentor juga memainkan peranan yang maha penting,kan.
Bermentor bersama pihak CMN, merubah stigma saya. Benar, ada yang tidak bersetuju konsep bermentor, apatah lagi dengan adanya yuran komitmen. Tapi pada saya, apalah sangat yang perlu kita korbankan pada awalnya, sebab jalan-jalan selepas bermentor itu cukup manis dan mudah. Mungkin apa yang kita alami berbeza.
Jika ditanya saya, maka posting ini menjadi bukti betapa saya bersyukur Allah menggerakkan diri untuk bermentor.
Ada yang berkata,
“Dia bolehlah. (bla,bla,bla…) Maka, langkah pun jadi laju.”
Tidak tahu daripada mana persepsi itu terbentuk. Ianya terpulang kepada bagaimana kalian menyantuni, menghadam serta menekuni setiap ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor.
Sungguh!
Tak percaya, cubalah. Buat je tanpa berdolak-dalih!
Maka, secara konklusi,
Ini sebab mengapa anda perlu bermentor.
*Disclaimer: Ini konklusi versi saya yang cetek benar pengalaman serta pengetahuannya.
Mengapa perlunya bermentor (versi saya)?
1. Mentor akan memberikan kuasa ‘short-cut’ kepada kalian.
Pastilah, mentor yang kita pilih lebih arif dan berganda pengalaman berbanding kita, kan. Maka, asbab pengalamannya itu, liku-liku perjalanan kita bakal dipermudahkan.
2. Meminimakan risiko.
Risiko, tetap ada, cuma kita boleh cuba untuk meminimakan risiko tersebut. Bagaimana? Dengan menjadikan ilmu dan pengalaman mentor sebagai rujukan dan penanda aras.
3. Sumber inspirasi.
Jika saya, saya perlukan seseorang untuk saya stalk, lihat setiap inci kejayaan demi kegemilangan, barulah jiwa akan tumbuh subur. Di sini, pemilihan mentor amatlah penting. Pilih mentor, yang dah terbukti berjaya. Yang dengan 1001 parut dengan muka ganas ala Captain Jack Sparrow, itu lebih baik.
4. Sumber rujuk.
Benar, dengan bermentor, adakalalanya, ketakutan demi ketakutan yang tidak berasas segera menjauh. Jika anda jenis persis saya yang hadir bersama 2002 soalan saban masa, maka bermentorlah. Dengan satu dua pertanyaan sahaja, adakala menghalau beribu gusar!
5. Mentor juga, bisa menawarkan feedback positif lagi supportif .
Saya kira, siapapun kita, kita pasti memerlukan ‘bahu untuk bersandar’, selain ‘dahi untuk bersujud’. Mentor, contohnya dalam group CMN sangat supportif bahkan positif.
6. Networking.
Bersama CMN, kami dipertemukan dalam satu circle dan logistic yang begitu padu serta begitu bahu-membahu. Berada dalam circle ini, adakalanya menyebabkan syukur kita lebih berlama-lama.Circle ohsem ini juga boleh jadi tempat rujuk, selain mentor.
7. Mengenali kemampuan serta kekurangan diri.
Adakalanya, dalam derap langkah, kita sendiri. Asbab sendiri, kita jarang menemukan dengan sesungguhnya di mana kemampuan yang akhirnya menjadi kekuatan diri serta kekurangan yang bisa menjadi ancaman diri. Mentor, orang yang terlebih dahulu akan nampak dan nyatakan dua isu ini. Pasti juga, beliau bakal memimpin kita ke arah yang lebih baik- memperkasakan kekuatan diri serta secara selangkah demi selangkah memperbaiki kekurangan diri.
8. Menawarkan peluang demi peluang.
Pengalaman saya bermentor bersama CMN, satu demi satu peluang hadir, Daripada hanya entity sekangkang kera yang menjalankan pusat tuisyen, kini lebih banyak peluang yang diterima. Malah, jujur saya katakan, dalam list saya, sangat banyak peluang-peluang lain yang belum diteroka. Mahu diteoka, Cuma menanti rentak seimbang, kelak bakal dipacu selaju serta semaksima yang mungkin. Benar, ilham semuanya daripada Allah, namun jika tanpa usaha untuk belajar, manakan dapat dilihat peluang demi peluang. Maka, ubahlah stigma. Allah itu memang sumber inspirasi serta kekuatan tahap petala, tapi Allah juga menyeru kita untuk berdoa-usaha-usaha-usaha dan tawakkal,kan?
9. Pembimbing, yang mengingatkan untuk seimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi.
Mentor hakiki, pastilah yang bisa memimpin tangan kita untuk menyeimbangkan keperluan dunia dan ukhrawi.
Jika dah ditemukan mentor sebegini, pegang erat-erat sampai syurga, ya!
Oh ya, bermula Januari, saya mula menulis beberapa impian yang saya mahu capai pada tahun ini. Salah satunya, saya meletakkan KPI untuk membantu lebih ramai tutorpreneur untuk mendapat bimbingan terus daripada mentor saya.
Ini super serius.
Dan, saya sudahpun memulakan langkah ini.
Bahkan, posting ini juga merupakan salah satu penanda aras bahawa saya serius mahu memaklumkan, seterusnya membawa lebih ramai tutorpreneur untuk berada dalam satu legasi yang sama, Legasi #CMNAvengers.
Wish me luck, ya!
Terima Kasih CMN.
Kerana kalian, dunia saya ternyata lebih indah
Kita geng sampai syurga, okeh
Cik Azlinda Mahari
Founder Genius Atfal Learning Hub
Artikel asal boleh lihat DI SINI.
Maklumat lanjut untuk menjadi Tutorpreneur berjaya boleh dilihat DI SINI.