Alhamdulillah, diberi peluang untuk berkongsi bersama graduan UK yang merupakan ahli IKRAM UKE serta bakal pulang ke Malaysia berkaitan topik hangat “Makan Gaji Vs Berbisnes. Manakah Pilihan Di Hati?”
Kedua-duanya ada manfaat yang tersendiri. Jika kita inginkan kerja yang secure dan mencari pengalaman, lebih baik makan gaji.
Namun, ada lebih 400,000 orang sedang mengganggur kerana peluang pekerjaan yang graduan rasakan sesuai dengan ijazah mereka amat terhad.
Kebanyakan resume yang kami pernah terima 99% adalah lebih kurang sama dan tipikal.
Terkadang kita perlu fikir ‘out of the box’ bagaimana membuat resume yang outstanding supaya dapat menarik bakal majikan.
Pesan saya kat graduan..
Kalau orang tak ambil kita bekerja, it’s ok..
Keep calm 🙂
La Tahzan.. Innallaha ma’ana.
Apa kata kita niat nak ambil orang bekerja pula 🙂
Namun, berbisnes juga bukanlah semudah yang disangka kerana ia perlukan passion, ketabahan dan ilmu untuk berjaya.
10 Tip Persediaan Sebelum Memulakan Bisnes
#1 – Kenal pasti niat & tujuan utama mahu membuat bisnes.
#2 – Persediaan mental dan emosi
#3 – Tabung simpanan selama 6 bulan
#4 – Pendapatan bisnes menyamai gaji
#5 – Kurangkan komitmen hutang pada bank
#6 – Mempunyai perancangan bisnes
#7 – Sanggup bekerja lebih masa
#8 – Restu ibu bapa
#9 – Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
#10 – Buat bisnes yang aliran tunai pantas
Kelebihannya jika dilakukan secara betul boleh menyebabkan kita mencapai Financial Freedom dengan lebih awal dan dapat memberikan kita kebebasan masa untuk menyumbang tenaga dan masa kepada ummah.
Semoga ada manfaatnya dalam merancang kehidupan di dunia dan seterusnya di akhirat kelak.
“Nahnu Dua’t Qabla Kulli Syai’in” Umar Tilmisani